Tuesday, August 2, 2011

AUR, Ramadhan dan Kiosk baru

Salam Ramadhan buat semua TEBING2 yg beragama Islam. Memandangkan Ramadhan pertama perniagaan akan bercuti (sebab sendiri kuli, sendiri boss...sukati bila nak cuti) ni la ada masa sikit nak menulis untuk TEBING2 sekalian.

Untuk makluman TEBING2 sekalian..AUR dan 'ter'bukak satu lagi kiosk baru. Dekat Segget, Johor Bahru jugak. Baru bulan Julai 2011 yang lalu dirasmikan oleh YB Taib AUR sendiri hahaha.(YB=Yang Boroi). Ini pun dengan bantuan rakan kongsi baru AUR., Zam Beruang. Alhamdulillah, kehadiran beliau kira mcm rezeki jugak sebab masa dia masuk tu bisnes dah tahap merangkak nak tertiarap dah.

Head quartes AUR souvenir di Legaran Segget JB. Manusia di dalam gambar ialah Pak Long, staff AUR souvenir.
Dengan mengambil masa tak sampai seminit berjalan kaki dari head quarters, akan terjumpalah AUR art & souvenir kiosk. Betul2 kat simpang Jalan Ungku Puan dan Jalan Wong Ah Fook, Johor Bahru.
 Jadi kepada TEBING2 yang tersesat atau terbabas ke sini atau yang sengaja nak membabas ke sini, singgah je la. Nak no tepon boleh amik kat profile.

Akhir kata Selamat Berpuasa kepada semua TEBING2 yang beragama Islam, dan Selamat Datang ke kiosk AUR art & souvenir.

8 comments:

  1. Selamat berpuasa jugak AUR..Moga perniagaan AUR akan bertambah maju yek!!

    ReplyDelete
  2. moga rezeki lu bertambah dengan cawangan baru. bukan saja di bulan ramadan tapi seterusnya gua doakan. selamat mengerjakan ibadah puasa sambil trus berkarya.

    ReplyDelete
  3. tahniah kpd AUR...semoga bertambah sukses.tunggu ketibaan saya untuk datang melawat.hehehehehe...

    ReplyDelete
  4. Mak the Legend...Timaksih
    Bro Gayour:: Amin ya rabbal a'lamin...
    Deem:: Jemput datang melawat sambil melawak..

    ReplyDelete
  5. http://mastiniasap.blogspot.com/


    pls support my fren's blog.dia macam mr.AUR juga :)

    ReplyDelete
  6. Thanks deem...da follow..pernah dengar nama dia ni...seangkatan dengan my Sifu...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...