Tuesday, November 30, 2010

CAKAR @ Segget JB :: Bersama penCAKAR muda belia...

28 Nov 2010:: Minggu ni macam biasa je. Dalam 2-3 miggu kebelakangan ni perniagaan dipengaruhi oleh cuaca hujan. Maklumlah kiosk AUR Souvenir aku tu kiosk outdoor. Musim hujan la katakan. Tak pe lah...biar la hujan nak turun. Kita manusia takde kuasa pun nak hentikannya. Tu semua kerja Allah. Dah Dia bagi akal tu kena la pikir cemana nak ejas.


Eksperimen 3D drawing taktkala hujan. Jadi tak??


Ada jugak kawan2 yg tanya..

Kawan: Kalau  hujan turun?? Kau buat apa?
AUR:Hujan Turun...Aku Naik!!!
Kawan: Aik?!! Cemana tu??
AUR: Hujan turun...aku naik ke kedai kopi kat belakang kiosk tu la...
Hahahahampeh!!! Lalu biasanya dengan kawan tu sekali naik kedai kopi...

ATEH da mcm cikgu!
Minggu ni Ateh datang lagi. Ok lah tu 3 hari straight dia datang. Jumaat Sabtu Ahad. Nampaknya dia pun dah mula seronok menCAKAR kat sini. kalau kau datang hari2 pun bagus Ateh oi...Ateh melayan watercolor dia...Aku plak layan potrait live sketch. Sambil2 tu layan buat watercolor saiz2 A4..Nak layan yg besar takut rosak plak kalau kena hujan.

Dalam seminggu ni aku ada jugak buat projek sampingan. Nak tau apa?? Aku layan buat kapal layar pakai polysterin...hahaha...Mula2 saje nak layan sikit2 je...lama2 stim pulak..Sampai masuk kaler sudahnya. Bukan ape...lepaskan rindu..Dulu sebelum full time niaga, 6 tahun aku keje kilang buat bot kat Pasir Gudang..

AUR YACHTS...hahaha..
Hari Ahad, belah petang..tiba2 datang sorang mamat ni Shahren nama dia,nak suruh aku lukis..Nak hantar utk peraduan poster ape ntah kat tempat keje dia. Muda lagi...baru 20...hmm...nak buat ke tanak? Malas la aku nak amik. Sebab kalau masuk peraduan atau utk periksa memang dari dulu aku tanak amik. Aku cakap kat dia...'Kau buat sendiri lah...aku ajar ko nak buat cemana..Takpe...ko duduk je kat sini buat. Baru real!! Air tangan sendiri.'

SHAHREN..Ahli baru!
Yang best tu dia pun OK je..layan je lah katanya..Buat punya buat...Ateh pun tumpang sekaki...Bukan tumpang belajar...tumpang mengajar Shahren nih...kekekeh...Dah bleh jadi cikgu besar la aku...cikgu kecik dah ada..kekekeh..

Haaa!!!! Boleh pun...kan dah save duit. Takyah bayar upah aku lagi..hehehe...Si Shahren ni pun mcm tak caye dia bleh buat...kekekeh....'Lukisan terbaik sepanjang umur' katanya...Aku pun offer dia dtg lagi bila2 ada free nanti. Di pun OK.Enjoy katanya..Bagus la...

Mudah2an hari mendatang ni muncul la lagi bakat2 baru ni...Meh sini biar AUR polish!!!Semoga art kat JB ni pun bleh jadi happening.

***Dok pikir nak buat scaled model bot apa plak lepas ni...hehehe...

Thursday, November 25, 2010

Kehadiran penCAKAR tegar!!

21 Nov 2010:: Kisah CAKAR menCAKAR kembali ke pangkuan Segget tercinta. Hari ni hari minggu. Cuaca un Alhamdulillah baik. Pukul 3pm aku dah pacak dah nak CAKAR muka orang. Dapat la sorang dua sambil2 menunggu penCAKAR yang lain datang menCAKAR. Sedang asyik2 layan watercolor saiz A4, aku didatangi seorang remaja perempuan…Jeng.jeng..jeng..

Agak2 korang apa aku nak cerita pasal budak pompuan ni?? Adakah pasal kecantikannya?? Pasal suaranya yang menggoda kah?? Atau pasal keseksian beliau??

Dah takyah imaginasi jauh2..Semua tu tak berapa ada kat beliau. Habis apa yang best sgt pasal dia ni??
AUR::Ye dik..tengok2 dik..Nak lukis potret boleh..murah2 je..

Budak Pompuan:: Ngeh..ngeh…(sengih)

AUR:: Ngeh..ngeh jugak

Budak Pompuan::Saya melukis jugak bang!

AUR:: Oooo…Ye ke? Nak join melukis kat sini tak?Kalau nak adik amik kerusi ngan meja kat sinun pastu dah bleh start melukis.
Budak Pompuan::Ngeh..ngeh..lagi. (lepas tu tak cakap banyak terus amik kerusi dan meja, keluarkan brg2 dlm beg dan terus melukis)

Mak aih!! Dalam hati aku dok berkata ‘selamba kodok betul beliau’. Aku sebenarnya mcm tak caya pelukis yang berani.dan selamba ni dah ada kat depan mata aku. Memang org mcm ni yg aku carik!!!...Alhamdulillah bertambah sorang lagi ahli geng CAKAR. Ateh namanya..Boleh tahan jugak lukisan beliau kalau nak dibandingkan dgn usianya yg baru 14 tahun. Mulut pun ramah jugak..Sembang…sembang jugak..tapi tangan dok menCAKAR!! Uih…lulus lagi satu ujian!!

Memang kau selamaba kodok la Ateh (tudung biru)

Ateh:: Semalam saya dah dtg tapi tak nampak abang. Jadi semalam saya melukis kat tepi jalan kat sinun (sambil tunjuk tempat yg lebih kurang 100 meter dari kiosk AUR)

AUR:: Ooo…ye ke??( Sungguh kental beliau..aku dulu pun tak seberani ni). Tu lukisan2 tu jgn lupa taruk harga kot2 ada yg berkenan.

Ateh:: Ok bang. Hari ni mesti kena jual lukisan jugak..Kalau tak, tak balik la saya. Beg duit saya tertinggal kat umah..Bawak lukisan je ni..Tambang bas tadi pun ngam2 habis yg kat dlm poket. Insyaallah mesti ada yg beli punya…

Gila sungguh budak ni. Muka tak panik langsung. Buat muka kesian pun tidak. Yakin betul dia. Hari ni Ateh memang telah men’terkejut beruk’kan aku dgn sikap2 semulajadi dia. Ni 1st time aku jumpa penCAKAR muda yg sgt tegar!!!

Baru sehari dah ada peminat!!
Sebelah malam A.R.A.H , Wana, Pelangi Tujuh, Arouk, Pama dtg nak menCAKAR. Aku kenalkan dgn Ateh diorang2 ni. Sekejap je dah terbarai ketawa. Mesra alam betul la Ateh ni.

Pukul 9 mlm, Ateh tak dpt jual lukisan lagi. Aku tanya dia ‘ni cemana ko nak balik ni’..Selambe je jawabnye..’ntah…tengok la cemana nanti’. Sebabkan aku sgt respek dgn semangat juang Ateh, akhirnya aku yang jadi pembeli lukisan Ateh. 

Lepas Ateh cabut dgn hati girang sebab dapat membiayai tambang bas beliau, geng2 CAKAR semua terus ‘mengumpat’ pasal Ateh. Kami sepakat akan bimbing dia sampai jadi penCAKAR terhebat!!

Ateh dan CAKARan beliau.

CAKAR @ JOHO car boot sales!!

Penganjur (geng JOHO) dok merenung hujan.
14  Nov 2010:: Sori lewat sikit update. Ni kisah CAKAR menCAKAR oleh geng CAKAR di ‘JOHO car boot sales’ di Lost Malaya Johor Bahru. Sebenarnya event tu hampir2 dibatalkan disebabkan hujan tak berhenti2. Dari pukul 2.00pm sampai ke 4.30pm…hujan agak sempoi2 bahasa..sekejap lebat sekejap renyai. Tapi apakan daya kita ni makhluk Allah. Manakan daya nak tahan2 hujan tu. Hanya mampu berdoa dan pasrah.

Peniaga2 dah berkumpul, penganjur pun dah serba salah. Aku gi melantak dulu..Perut dah rock n roll.  Dengan ke’degil’an Andy (The Good Old Things) dan Ejat (Gerobok Klasik) serta beberapa orang lagi peniaga….di dalam keadaan hujan renyai2 diorang belasah jugak bukak bonet. Peniaga lain…Apa lagi…terkesanlah mereka dengan pengaruh rakan sebaya.
Kelompok Usahawan JOHO terawal yg mengakibatkan pengaruh rakan sebaya.
Yang bestnya bila memasing dah bukak bonet, yang dtg nak shopping pun dengan girangnya bleh layan main lecak menjadikan emosi2 yg tadinya terganggu kembali ceria. Penganjur pun dah bleh sengih2 skit..kekekeh….

CAKAR datang bukanlah untuk bukak bonet. AUR dan A.R.A.H  serta Wana dtg mewakili geng CAKAR untuk bukak ‘easal’(tripod lukisan)..Mula2 teragak2 jugak nak buat outdoor painting tatkala hujan. Tapi diorang bleh bukak bonet…takkan kitorang tak bleh. Maka, geng CAKAR pulak terkena pengaruh rakan sebaya.
Dari kiri: Wana, A.R.A.H dan AUR
Aku bermain dengan cat air di atas kanvas. A.R.A.H pulak dengan akriliknya. A.R.A.H tak kisah sgt dgn hujan renyai2 tu sebab akrilik kena hujan sikit2 ok je. Aku pulak kena berpayung. Tapi lepas masuk warna background aku biarkan sekejap hujan menjamah lukisan aku. Dapatlah kesan2 hujan secara alami. Hehehehe…Lukisan aku tu pun tajuknya pasal event tu-RAINY CAR BOOT SALES-. Pukul 6.30pm, hujan pun dah berhenti, suasana semakin gelap, aku pun sudahi lukisan aku dengan charcoal.

Korang tengak lah CAKARan tu. Memang sekarang ni aku dah mula menyelongkar style sebegini.

Tuesday, November 9, 2010

CAKAR @ Segget, JB :: Deepavali Time

Minggu lepas aktiviti CAKAR menCAKAR lebih tertumpu kepada LIVE SKETCH PORTRAIT...Maklum lah kiosk AUR aku tu dekat dgn Little India JB dan Kuil Hindu. Bazar Deepavali diorang pun area2 tu jugak.Makanya ramai yang jadi mangsa CAKARan aku ialah org India.

Yang istimewanya aku ditemani penCAKAR tegar Teluk Cempedak, Munif daripada 20 Okt sampai la 7 Nov..Nampaknya Munif raya kat JB la tahun ni...hahaha....

Munif dan pelanggannya.

Pelanggan aku yg telah kena CAKAR.

Adik ni sweet betul muka dia...Tahan pulak tu dia seyum lama2...

Sorang lagi yang diCAKAR sebelum diorang raya.

MoU AUR(Taib Razak) dan TEBING(Munif)...ni dah kira dapat lesen dah nak menCAKAR kat Teluk Chempedak Pahang pada bila2 masa!!!! Yahoooo...

Wednesday, November 3, 2010

A.U.R. + A.R.A.H = C.A.K.A.R????

A.U.R (right) & A.R.A.H (left)
  It was happened on November 1st 2010. From 1.00pm to 9.00pm. at JOHO Concept Store. First masterpiece of A.U.R and A.R.A.H. Lets the photos speak on this post!!!











Tuesday, November 2, 2010

Happy Birthday to ME!!!

Kisah pada 29 Okt 2010...
Semoga Allah selamatkan, rahmati dan pelihara keimananku. Dah tua rupanya aku ni. 30sen dah tambah lagi satu sen...dah 31!!! Apa cerita di hari lahir AKU??

Biasa2 je..Takde la sampai berparti bagai. Orang rumah pun aku tak galakkan bagi hadiah. Maklumlah sekarang ni semua kene bajet2. Cukuplah dgn sebuah ucapan...hehehe...Aku ok je..

Tapi yang paling BESTnya ialah hari lahir aku 29 okt 2010 jatuh pada hari Jumaat yg mana malamnya aku berCAKARan di Segget. Sebelum aku ke Segget sempat aku melawat kawan2 pelukis dari seluruh Malaysia berpameran di Danga City Mall. Terjumpa lah aku dgn seorang sahabat lama dari Teluk Cempedak Pahang. Munif namanya..Lantas setelah berborak dan mesyuarat kedai kopi, aku pun CULIK beliau ke Segget!!

Munif (kiri) dan AUR (kepala botak) sedang menCAKAR.
Abang Abdul Rasyid, pelukis dari Pulau Pinang pun datang singgah sambil menCAKAR ayam penyet bersama keluarga.
Tak lupa juga kepada abang Abdul Rasyid dari Pulau Pinang yg datang menziarah bersama keluarga. Walau tak menCAKAR sekurang2nya sudi gak otai Penang ni ziarah AUR...Terimakasih daun keladi. Tahun depan datang lagi!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...