Saturday, April 30, 2011

AUR with geng CAKA @ JOHO carboot sales-May

 7 Mei 2011
at JOHO concept store
1.00pm-7.30pm
JOHO car boot sales edisi May datang lagi. Kali ni AUR akan turun bersama2 geng CAKA. Macam biasa aktiviti CAKAr menCAKAr akan berlangsung di samping membeli belah dengan BOOTERs yang lain. Ada barang vintage, makan2, barang D.I.Y, dan macam2 lagi lah...Tetapi yang paling istimewanya ialah kami mengHARAMkan penjualan barangan TIRUAN / IMITASI. Anti Cetak Rompak!!!

JOHO car boot sales May edition will come again. This time AUR will join geng CAKA. As usual, we will do sketching and painting activities beside you can visit and shopping with other BOOTERs. There are vintage product, food & beverage, D.I.Y product and many more. The special thing in our event is we are NOT ALLOWING imitation/piracy trade.

Macam biasa AUR setia menunggu art collector kecil-kecilan untuk beli barang sepakej dua mini painting. Kat post yang lepas ade gambar diorang...
Like the past, AUR will waiting the young art collector to buy the mini painting which will be sell at very reasonable price. You can check out them at my previous post. 

Kalau takde apa-apa masalah mungkin geng dari Fakulti Senibina UTM pun nak turun datang menCAKAr. Marilah sertai kami. Kami buakn gengster...kami geng CAKA je...hahaha..Kalau nak join tak payah nak sumpah darah bagai.
If there is no problem maybe sketchers from UTM Architecture Faculty  will also join in the activity. Come an join us. We are not a gangster. We are geng CAKA. Nothing to worry with us.
Sebahagian daripada stok yang akan berada di sana.
A part of a stock that will be there.

Ni pun stok baru jugak.
Also a new stock.

Saturday, April 9, 2011

AUR @ JOHO carboot sales-April

3 April 2011 yang lalu, AUR bersama CAKArist2 dan Rakyat2 Tepijalan telah menyertai jualan di JOHO car boot sales. Ini acara bulanan. Kepada yang terlepas, bulan depan boleh datang lagi.

Sekali ni aku tidak keseorangan lagi. Ada kawan2 yang join menCAKAr dan ada sorang tu aku bagi ruang sikit untuk jual photografi jalanan beliau.

Alhamdulillah. Carboot sales kali ni yang terBAIK sepanjang keseluruhan car boot sales!..Mudah2an yang akan datang menjadi lebih BAEK!!!... Layan lah gambar di bawah.
LIVE watercolor Portrait.Model: Ezza

LIVE watercolor Portrait.Model: Dragoste

Bernaung di bawah naungan Kerajaan Bawah Pokok!!hahaha
Art collector aku datang lagi!!..Bulan lepas dah sebat, bulan ni korang sebat lagi??..Sila menyebat lukisan2 aku di event akan datang. Terimakasih buat korang.

Dah puas menCAKAr muka orang, aku CAKAr basikal plak!

Ni dia Jurufoto Jalanan JOHO.. Yang tengah tu. Ariff namanya. Beliau sangat gumbira sebab karyanya dibeli orang.

Bulan depan ada lagi. Nanti aku iklankan di blog. Datang la ramai2..Gerenti puas hati

Friday, April 1, 2011

AUR @ JOHO carboot sales-April

Salam buat semua. Bulan April ni JOHO carboot sales datang lagi.. 3 April di JOHO Concept Store.Memang aku tak pernah miss event ni setiap bulan dari edisi yg pertama lagi. Kalau nak peta lokasi kejadian atau sebarang pertanyaan, sila klik link di atas...

Bulan ni nampaknya AUR menCAKAr tanpa A.R.A.H lagi kerana beliau masih sibuk dengan solo exhibition beliau di NSTP gallery, KL. Belasah je lah..Rakyat tepijalan ini akan terus menCAKAr untuk Rakyat2 Jelata yang lain!!!
Datang la ramai2 bawak keluarga dan kawan2..Macam2 ada!!!

Untuk edisi ni aku AUR nak buat rakaman video LIVE WATERCOLOR PORTRAIT. Dengan ini AUR membuka peluang kepada sesiapa yang nak jadi model pada hari tersebut. Aku nak CAKAr dia cukup2!!...Hanya 2 orang yang terpantas yang mengkompom akan menjadi yang bertuah. Untuk confirm sila hubungi melalui SMS 017-719 3599


Jumpa AUR di sana!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...