Sunday, July 25, 2010

OLD SKETCHES

Baru-baru ni semasa dok mengemas rumah, selak2 terjumpa pulak lakaran aku yg dulu2...Aku sangat pasti tahunnya...1999...Walaupun tak tercatat di lakaran tu aku sgt pasti tahun tersebut sebab masa tu aku baru lepas kena tendang dari UTM Skudai...hahaha.. Aku dok kampung kat Taiping 6 bulan....Bijak sangat...suruh belajar Kalkulus...aku pi jotos bola snuker siang malam..

Ni pemandangan dalam bilik aku...kalau perati betul2 kat rak tgkat 2 tu ada video tape...hahaha...masa tu VCD tak top lagi....


Ni plak meja tulis aku...masa ni berangan nak buat komik...Sampai sekarang hampeh...Tapi cita2 nak jadi artist dah tercapai dah...

Tapi tiba2 aku rindu giler kat kampung aku...Sabar ya AyahndaBonda...Nanti anaknda balik la..(Adush....sedey la plak...)

Saturday, July 24, 2010

Thursday, July 22, 2010

LIVE @ MAWAR JOHOR

Majlis formal kena la pakai ensem2...Baju berkolar, masuk dalam, seluar slack...Ayark!!!


Sesudah 'Mencakar' di GEGO @ Bukit Timbalan, esoknya pagi2 pukul 7 dah terpacak kat MAWAR JOHOR..Jemputan utk melukis potret secara LIVE selama 4jam... Lenguh jugak tangan sebab semalamnya 'mencakar' kat Bukit Timbalan.

Untuk yang ini aku dibayar oleh organizer, makanya semua yg melukis tu dapat free. Jadi kalau korang ada apa2 funtion bleh la panggil aku 'mencakar'... Antara 'manafaatnya'...chewah....aku ni kira mcm pelaris la..hahaha...bila aku sketch je otomatik tmpat itu akan dikerumuni...Jadi kalau aku melukis kat depan kedai/gerai korang...dapat la tempiasnya...

Sama2 la dapat tempiasnya...Aku masyuk...korang pun masyuk!!!!hehehe

Monday, July 19, 2010

'Mencakar' di GEGO @ Bukit Timbalan Johor

Salam semuanya. Lama betul tak tulis kat sini.. Ni nak cerita sket pasal aktiviti kat Bukit Timbalan Johor pada 17 julai bebaru ni...Masa tu JOHO ada buat event...Ada chance selit je la...

Aktiviti? Macam biasa la...LIVE for LIFE....buat LIVE portrait SKETCH. Biasenya disebut 'mencakar muka'. Tak sangka komuniti JOHO berjaya buat aktiviti segempak ini.. Tabik spring 3 kali untuk JOHO...Boleh tahan la berasap lengan ni...Sampai lenguh dibuatnya...

Ahaks...Menerima kunjungan dari blogger AnaZeyy dan Basir..Bukan blogwalking lagi dah...Memang betol2 punya walking nih..


Ni pulak Michael dari England...Beliau telah menjadi mangsa kekejaman sang pelukis. Wajah beliau telah dipotretkan semasa beliau sibuk membeli air tin. Mula2 cakap tanak bayar..tak cukup duit konon. Aku cakap...takpe la...tanak bayar aku buat sample..Aku mintak dia stay 1minit je lagi dan akhirnya dalam masa 2minit aku dah dapat sketch muka beliau..Aku pun sebenarnya belasah je..Tak sangka pulak bleh jadi muka beliau..Yang member2 dia pun backing aku cakap sama..Last2 bayar jugak...Hehehe..Perangkap menjadi...Kuikuikui!!!


Ni pulak jiran yang meniaga kat sebelah...Cemane la plak bleh lupa nama dia...Sori la...

Apa2 pun perasaan ini terasa sangat teruja kerana:
1) dapat melukis kat Bukit Timbalan... Tempat yang memang kuidam2kan selama ini.
2) Wooooho...group JOHO memang power..bagus la kat Johor ada youth community macam nih..
3) Geng2 bundle yang sporting...Timaksih kepada Kun, Boy, Toy dan Lolo...Timasih kerana sudi menumpangkan aku di tiang garajmu.. Tak lupa juga buat Andy...

Sekian berita dari ATAS BUKIT oleh pelukis di BAWAH BUKIT (Legaran Segget)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...