Tuesday, September 21, 2010

PASO BUMBONG story


Walaupun dah dekat 3 minggu berlalu...ni la sikit lebih kurang gambar2 dan cerita ceriti pasal PASO BUMBONG pada 4 Sept yg lalu. Keadaan sgt enjoy..Semua orang sprting dan saling hormat menghormati..walaupun sebelum ni tak pernah bersua...Buat bro Carl Samsudin, tq kerana sudi tegur aku yg tak seberapa ni...

CAKARan oleh AMLI

Blogger ANA ZEYY pun menCAKAR jugak walaupun pada mulanya malu2 kucing siam!!


ACID dengan gaya CAKARannya yg tersendiri
Ada akustik band, bacaan puisi, jualan brg2 rare, bicycle show, tembak menembak fotografi dan aku bersama bala tentera aku...apa lagi...CAKAR MENCAKAR LA...Ni la antara penCAKAR dan CAKARan yang kami buat..
CAKARan ku....Suasana di PASO BUMBONG!!!
Kebetulan member tapak sebelah pakai kasut RARE ni...Apalagi, dia siap bukak kasut utk diCAKAR. TQ En, Fandi..
Ni la hasilnya. Akhirnya tuan punya kasut yg beli CAKARan ni..
 Aku pulang malam tu dengan hati yang PUAS!!! Sebab A.B.C. aku dah jadi kenyataan...Terimaksih buat TEBING2 yg memberikan kerjasama sepenuh jiwa!!!
Enjoy bersama mereka..Ni semua wajah2 bakal penCAKAR terulung di JB. Aku doakan kita berjaya!!!!

Saturday, September 11, 2010

Salam Eidul Fitri

Buat semua rakan2 blogger dan pengujung AUR...Ku ucapkan Salam Lebaran dan Maaf Zahir Batin..Walau kadang tak bersua muka...mungkin kata2/ tulisan ada yg mengguris. Harap2 jgn la ada yg luka parah akibat terguris...
Dari AUR sekeluarga...Selamat Hari Raya!!!
Lepas raya ni aku akan kembali mencakar seperti biasa tapi yang luar biasanya aku akan bersama grup aku...Kami namakan grup ni CAKAR...Doa2kanlah kejayaan grup kami ni...Amin!!!

Kalau ada yg di luar sana nak join kami...sila lah tulis email ke ArtUntukRakyat@gmail.com

Wassalam!!

Friday, September 3, 2010

PASO BUMBONG (pasar bumbong)

Assalamualikum...
Dah tak berapa hari dah lagi event ni...Kalau korang semua ada kat area2 jb pada 4hb ni, meh la dtg PASO BUMBONG...Mcm2 ada...aktiviti jualan bundle, fotografi...En. KUKUBESI pun turun.. AUR?? Biasa la..kisah cakar mencakar akan berulang lagi...Tapi yg aku teruja sgt sebab pada hari tu aku akan beramah mesra ngan tentera2 pencakar baru aku...Aku tgh kumpul2 skuad. Lepas raya ni nak serang bandar JB plak..Layan outdoor sketch...hehehe...

Lokasi kejadian. Jumpa anda di SANAAAAAA!!!!
 http://johobaru.blogspot.com/2010/08/paso-bumbong.html

Apsal excited sangat en.AUR ni?? Haaa, kalau nak tau...Plaza Seni ni la sekolah art aku, byk memori di sini. 
1.Tempahan potret secara profesional aku start kat sini. 
2. Latih tubi WATERCOLOR aku start kat sini..Hari2 kena buat sekurang2nya satu.
3. Aku start buat LIVE potret sketch kat sini. Menggigil kepala lutut!!
4.Watercolor aku yg masuk pameran aku kat Galeri Seni Johor,aku buat kat sini.
5. Perniagaan produk cenderamata aku start kat sini. Masa ni la mulanya company AUR...Art Untuk Rakyat!!!

Apa2 pun JUMPA DI SANA....Kalau nak dtg bleh roger aku kat 017 719 3599...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...