Friday, August 27, 2010

A.B.C. Angan2 Bayang2 Cita2

Assalamualaikum...

Hari ni aku nak cerita sikit pasal ABC aku...Angan2...Bayang2 dan Cita2 sebagai seorang pelukis. Mengikut statistik demografi bagi persekitaran seni (art scene) khususnya di Johor Bahru (area ni je yang aku tau...area lain aku tak berapa tau)...ianya agak perlahan jika dibandingkan dengan negeri2 lain di dalam Malaysia seperti KL,Pahang,Sabah, Penang,Melaka dan Kelantan..Ni setakat yang aku tau sebab aku ni pun bukan anak jati Johor. Aku orang Perak yang merantau cari rezeki di bumi Ujong Tanah ni...(Ujong Tanah ialah nama JOHOR pada zaman dahulukala. Tak caya tanya encik Google)

ANGAN-ANGAN
Angan2 aku ialah nak tengok art scene kat JB ni meriah..Pelukis mudah dijumpai di mana2 ceruk sekitar JB..Bila orang nak beli lukisan, orang datang JB. Melukis sampai boleh dijadikan kerjaya yang 'femes amos'. Cukup serba-serbi utk mengharungi liku2 kehidupan. Sama mcm orang lain. 

Dan aku tanak dengar lagi orang tanya "....boleh cari makan ke melukis ni?"..Ini antara soalan2 yang selalu membuat aku 'mendidih'..Ko ke yang bagi rezeki kat aku?..Bak kata guru aku.. "Allah tahu apa yang kita buat ... dan Dia maha mengetahui apa Dia perlu buat kepada kita..."
JB art colony. 31 Ogos 2007. Dah pernah cuba tapi separuh jalan. Xpe...jgn jemu berusaha...Aku akan cuba lagi...

BAYANG-BAYANG
Alhamdulillah...Bayang2 dah mula nampak...4hb Sept 2010 ni...ada satu event oleh youth group dari Johor..Grup ni namanya JOHO..Event tu bertajuk 'PASO BUMBONG' (pasar bumbung)Aku akan bukak satu booth dan himpunkan seramai mungkin pelukis2 muda yg selama ini bakat mereka terendam kerana xde geng...Mari2 keluar dari sarang2 anda..kita kongsi sama...

Berdasarkan respon yang aku dapat dari Pesbuk...Aku dah mula nampak tentera2 'pencakar' aku...hahaha...Aku pun dah mula rasa bertanggungjawab untuk memimpin mereka.. Dua tiga orang otai pun aku dah jemput ke event tu..Otai2 ni pun aku pilih yang jenis humble..yg boleh turunkan taraf mereka menjadi sebaya kita...Aku memang respek otai2 ni...Aku pasti geng2 'pencakar' nanti bleh ngam ngan diorang...
Di event inilah aku berharap dapat bertemu dgn 'org2 baru' dan 'org2 lama'..

CITA-CITA
Cita2 aku nak tengok art scene kat JB ni ALIVE!! Yang tua memberi tunjuk ajar pada yg muda..Yang muda bawak idea2 baru dan segar!!!Dalam masa yg sama yang muda dan yang tua sama2 memerah otak utk majukan art scene ni..Kalau ada 10orang berpikir..mustahil kalau tak keluar satu dua idea yang BRAVO!

Bab yang ni...Kena usaha banyak2, Doa banyak2 dan Tawakkal..Kalau Dia izinkan, insyaallah cita2 ku akan tercapai!!!

2 comments:

  1. yeahh!!! smgt ini yg kte nk tgok... best of luck ye... btw, kite akan turun nk jd tntere.... hoho....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...