Saturday, October 23, 2010

CAKAR @ Segget, JB :: 22 oct 2010

Assalamualaikum,
Tajuk cerita saya pada hari ini ialah...tak lain tak bukan kisah CAKAR menCAKAR aku la...apa lagi. Hari ni geng CAKAR menerima kehadiran geng penCAKAR baru iaitu JEZZ dan DOL HAQ!!! Timakasih daun keladi kerana sudi berCAKARan bersama kami di Legaran Segget.

Dari kiri:, Jezz, A.R.A.H, AUR, Wana dan Dol Haq kat atas.
Terimaksih daun keladi..Senang2 dtg la lagi. Kami perlukan belia2 seperti kalian...hehehe..

Ahli2 lazim iaitu aku (AUR) dan A.R.A.H. serta WANA macam biasa la..Alhamdulillah crowd pun ramai jugak tadi. Seronok la jugak bila satu2 tempat yg suram sebelum ni dah ramai yg 'nak' lepak2 sambil enjoy CAKARan kitorang.


Seperti yg korang semua tahu...kitorang menCAKAR kat sebelah kiosk AUR souvenir. Kiosk tu AUR yg punya lah..Kat kiosk ni ada jual barang2 cenderamata pelancongan. Secara tak langsung aktiviti menCAKAR ni dpt la menarik perhatian org ramai yg lalu lalang. Kiosk2 yg lain2 pun dapat la jugak tempiasnya...Alhamdulillah...Sama2 la kita ye...
Bila kiosk AUR souvenir dah tutup (kesian kat pakcik yg jaga kedai AUR tu..dari 10 pg smpai 10 mlm)...aku dapat idea nak CAKAR kat kiosk aku tu je...Apalagi...kitorang belasah ramai2 menCAKAR kat kiosk tu...hehehe...Seronok jugak CAKAR berjemaah ni... Sampai tak sedar dah pukul 12tgh malam...



MenCAKAR berjemaah..Enjoy habis!!!

Sebelum dan selepas.Lain yg di'sketch'...Lain yg jadinya...Hantam sajalah Labuuuu...
 Puas hati aku malam ni...ABC aku semakin menunjukkan prestasi yg meransangkan...Terimaksih kepada semua para penCAKAR tegar!!! Tak lupa juga terimaksih kepada PakCik pekerja kiosk aku, Arouq dan Fama...
AUR di hadapan AUR souvenir!!

Sunday, October 17, 2010

C.A.K.A.R @ HardRock Segget, Johor Bahru

Salam buat semua. Dimulakn dengan selori 'Sorry' sebab dah lama ponteng berblog. Bleh tahan jugak sibuknye...Maklumlah nak men'cover' balik perbelajaan selepas raya.Masa raya belanja 'tak hengat'...lepas raya...hehehe...padan muka aku...

Apa aktiviti AUR sekarang?? Macam biasa meniaga souvenir utk para pelancong dalam dan luar negara di bandar JB tu.. Cuma sekarang ni selepas dah ada group C.A.K.A.R ni setiap hujung minggu kitorang beraksi la dari petag sampai ke 10 malam di sebelah kiosk AURsouvenir je...Kalau korang tersesat kat JB ni hari Sabtu atau Ahad, pastu taktau nak buat ape, meh la singgah kiosk hamba yg seadanya ini...hehehe...

Kat mana HardRock Segget ni?....Dihikayatkan sebelum Legaran Segget yg menutupi Sungai Segget yg famous suatu masa dulu....terdapat sebuah kawasan warung2 makanan berdekatan Kuil Hindu dan Plaza Seni. tempat itu dikenali dgn nama 'HardRock' Segget.. Kawasan warung makan ni lah sekarang ni dah jadi kawasan perniagaan dgn kiosk2 besi dan 2 buah restoran di kiri kanan. So aku rasa elok dihidupkan balik nama tu yg dah 5 tahun lebih org tak sebut...
AUR dan ARAH sedang menCAKAR

A.R.A.H....TEBINGku yg supportive...
MenCAKAR warga Singapore
LIVE sketch!!! 15minit aje...
Kat mana HardRock Segget ni?....Dihikayatkan sebelum Legaran Segget yg menutupi Sungai Segget yg famous suatu masa dulu....terdapat sebuah kawasan warung2 makanan berdekatan Kuil Hindu dan Plaza Seni. tempat itu dikenali dgn nama 'HardRock' Segget.. Kawasan warung makan ni lah sekarang ni dah jadi kawasan perniagaan dgn kiosk2 besi dan 2 buah restoran di kiri kanan.

Jangan lupa singgah2 jenguk AUR..Kalau susah sgt nak mulakan komunikasi...bagi salam je.Pastu tanya 'ni AUR ke?'...hehehe...Orait...Wassalam!

Tuesday, September 21, 2010

PASO BUMBONG story


Walaupun dah dekat 3 minggu berlalu...ni la sikit lebih kurang gambar2 dan cerita ceriti pasal PASO BUMBONG pada 4 Sept yg lalu. Keadaan sgt enjoy..Semua orang sprting dan saling hormat menghormati..walaupun sebelum ni tak pernah bersua...Buat bro Carl Samsudin, tq kerana sudi tegur aku yg tak seberapa ni...

CAKARan oleh AMLI

Blogger ANA ZEYY pun menCAKAR jugak walaupun pada mulanya malu2 kucing siam!!


ACID dengan gaya CAKARannya yg tersendiri
Ada akustik band, bacaan puisi, jualan brg2 rare, bicycle show, tembak menembak fotografi dan aku bersama bala tentera aku...apa lagi...CAKAR MENCAKAR LA...Ni la antara penCAKAR dan CAKARan yang kami buat..
CAKARan ku....Suasana di PASO BUMBONG!!!
Kebetulan member tapak sebelah pakai kasut RARE ni...Apalagi, dia siap bukak kasut utk diCAKAR. TQ En, Fandi..
Ni la hasilnya. Akhirnya tuan punya kasut yg beli CAKARan ni..
 Aku pulang malam tu dengan hati yang PUAS!!! Sebab A.B.C. aku dah jadi kenyataan...Terimaksih buat TEBING2 yg memberikan kerjasama sepenuh jiwa!!!
Enjoy bersama mereka..Ni semua wajah2 bakal penCAKAR terulung di JB. Aku doakan kita berjaya!!!!

Saturday, September 11, 2010

Salam Eidul Fitri

Buat semua rakan2 blogger dan pengujung AUR...Ku ucapkan Salam Lebaran dan Maaf Zahir Batin..Walau kadang tak bersua muka...mungkin kata2/ tulisan ada yg mengguris. Harap2 jgn la ada yg luka parah akibat terguris...
Dari AUR sekeluarga...Selamat Hari Raya!!!
Lepas raya ni aku akan kembali mencakar seperti biasa tapi yang luar biasanya aku akan bersama grup aku...Kami namakan grup ni CAKAR...Doa2kanlah kejayaan grup kami ni...Amin!!!

Kalau ada yg di luar sana nak join kami...sila lah tulis email ke ArtUntukRakyat@gmail.com

Wassalam!!

Friday, September 3, 2010

PASO BUMBONG (pasar bumbong)

Assalamualikum...
Dah tak berapa hari dah lagi event ni...Kalau korang semua ada kat area2 jb pada 4hb ni, meh la dtg PASO BUMBONG...Mcm2 ada...aktiviti jualan bundle, fotografi...En. KUKUBESI pun turun.. AUR?? Biasa la..kisah cakar mencakar akan berulang lagi...Tapi yg aku teruja sgt sebab pada hari tu aku akan beramah mesra ngan tentera2 pencakar baru aku...Aku tgh kumpul2 skuad. Lepas raya ni nak serang bandar JB plak..Layan outdoor sketch...hehehe...

Lokasi kejadian. Jumpa anda di SANAAAAAA!!!!
 http://johobaru.blogspot.com/2010/08/paso-bumbong.html

Apsal excited sangat en.AUR ni?? Haaa, kalau nak tau...Plaza Seni ni la sekolah art aku, byk memori di sini. 
1.Tempahan potret secara profesional aku start kat sini. 
2. Latih tubi WATERCOLOR aku start kat sini..Hari2 kena buat sekurang2nya satu.
3. Aku start buat LIVE potret sketch kat sini. Menggigil kepala lutut!!
4.Watercolor aku yg masuk pameran aku kat Galeri Seni Johor,aku buat kat sini.
5. Perniagaan produk cenderamata aku start kat sini. Masa ni la mulanya company AUR...Art Untuk Rakyat!!!

Apa2 pun JUMPA DI SANA....Kalau nak dtg bleh roger aku kat 017 719 3599...

Friday, August 27, 2010

A.B.C. Angan2 Bayang2 Cita2

Assalamualaikum...

Hari ni aku nak cerita sikit pasal ABC aku...Angan2...Bayang2 dan Cita2 sebagai seorang pelukis. Mengikut statistik demografi bagi persekitaran seni (art scene) khususnya di Johor Bahru (area ni je yang aku tau...area lain aku tak berapa tau)...ianya agak perlahan jika dibandingkan dengan negeri2 lain di dalam Malaysia seperti KL,Pahang,Sabah, Penang,Melaka dan Kelantan..Ni setakat yang aku tau sebab aku ni pun bukan anak jati Johor. Aku orang Perak yang merantau cari rezeki di bumi Ujong Tanah ni...(Ujong Tanah ialah nama JOHOR pada zaman dahulukala. Tak caya tanya encik Google)

ANGAN-ANGAN
Angan2 aku ialah nak tengok art scene kat JB ni meriah..Pelukis mudah dijumpai di mana2 ceruk sekitar JB..Bila orang nak beli lukisan, orang datang JB. Melukis sampai boleh dijadikan kerjaya yang 'femes amos'. Cukup serba-serbi utk mengharungi liku2 kehidupan. Sama mcm orang lain. 

Dan aku tanak dengar lagi orang tanya "....boleh cari makan ke melukis ni?"..Ini antara soalan2 yang selalu membuat aku 'mendidih'..Ko ke yang bagi rezeki kat aku?..Bak kata guru aku.. "Allah tahu apa yang kita buat ... dan Dia maha mengetahui apa Dia perlu buat kepada kita..."
JB art colony. 31 Ogos 2007. Dah pernah cuba tapi separuh jalan. Xpe...jgn jemu berusaha...Aku akan cuba lagi...

BAYANG-BAYANG
Alhamdulillah...Bayang2 dah mula nampak...4hb Sept 2010 ni...ada satu event oleh youth group dari Johor..Grup ni namanya JOHO..Event tu bertajuk 'PASO BUMBONG' (pasar bumbung)Aku akan bukak satu booth dan himpunkan seramai mungkin pelukis2 muda yg selama ini bakat mereka terendam kerana xde geng...Mari2 keluar dari sarang2 anda..kita kongsi sama...

Berdasarkan respon yang aku dapat dari Pesbuk...Aku dah mula nampak tentera2 'pencakar' aku...hahaha...Aku pun dah mula rasa bertanggungjawab untuk memimpin mereka.. Dua tiga orang otai pun aku dah jemput ke event tu..Otai2 ni pun aku pilih yang jenis humble..yg boleh turunkan taraf mereka menjadi sebaya kita...Aku memang respek otai2 ni...Aku pasti geng2 'pencakar' nanti bleh ngam ngan diorang...
Di event inilah aku berharap dapat bertemu dgn 'org2 baru' dan 'org2 lama'..

CITA-CITA
Cita2 aku nak tengok art scene kat JB ni ALIVE!! Yang tua memberi tunjuk ajar pada yg muda..Yang muda bawak idea2 baru dan segar!!!Dalam masa yg sama yang muda dan yang tua sama2 memerah otak utk majukan art scene ni..Kalau ada 10orang berpikir..mustahil kalau tak keluar satu dua idea yang BRAVO!

Bab yang ni...Kena usaha banyak2, Doa banyak2 dan Tawakkal..Kalau Dia izinkan, insyaallah cita2 ku akan tercapai!!!

Tuesday, August 24, 2010

BLACK & WHITE PORTRAIT SKETCH (FROM PHOTO)

Hi All..Good Day!!!... Today i'll show you more samples of my latest sketchs. Feel free to drop your comment or questions.


Single portrait on A3 size paper.

Portrait of the same person in 4 actions. The staff make this portrait sketch as a gift for their boss birthday.



This portrait sketch also a birthday gift. Extra charge for the bacground as per costumer request (+RM 50).

Necessary as a gift. Birthday gift, farewell gift, anniversary gift etc.You can hand your photo directly to me or just email the photo. Before the sketch sent to you, i'll send an image so u can review and put comment if u not satisfy.

If you like to see me, call me at 017 719 3599 (Taib Aur). I live somewhere at Taman Perling, Johor Bahru.
1 person: RM 100
2 persons: RM 190
3 persons: RM 270
4 persons: RM 340
5 persons: RM 400
6 persons and above: RM 75 per person
The prices includes shipping. (Malaysia only)

::If anyone like to be an agent, do write an email to
ArtUntukRakyat@gmail.com
or call

taib:: 017-719 3599
I'll then reply to you with the term and condition







Hi all...In this post i would like to show u some of portrait sketches i've done. If u like your face or somebody face to be sketch, feel free to contact me via email ArtUntukRakyat@gmail.com or call/sms me at +6 017 719 3599. Roughly I can finish it around 1 week (I just standby for any emergency or queing order).

Necessary as a gift. Birthday gift, farewell gift, anniversary gift etc.

You can hand your photo directly to me or just email the photo. Before the sketch sent to you, i'll send an image so u can review and put comment if u not satisfy.

If you like to see me, call me at 017 719 3599 (Taib Aur). I live somewhere at Taman Perling, Johor Bahru.
1 person: RM 100
2 persons: RM 190
3 persons: RM 270
4 persons: RM 340
5 persons: RM 400
6 persons and above: RM 75 per person


The prices includes shipping. (Malaysia only)

::If anyone like to be an agent, do write an email to
I'll then reply to you with the term and condition.




Monday, August 23, 2010

KERONCONG ART

Post kali ini aku nak review seorang member aku. Penggiat seni kat JB nih. Kitorang pernah seperguruan dan seangkatan. Beliau ialah Sang Akeem pemilik kedai cenderamata kreatif KERONCONG ART di Plaza Seni. Aku rasa Anazeyy, Andy, Carl Samsudin dan beberapa org blogger kat sini kenal akan beliau sebab beliau ni adalah vokalis band reggea tersohor kat JB ni..REDEMPTION..
Gambar kenangan semasa di AUR creative station 2007. Dari kiri: AUR (Taib Razak), Akeem dan Pak Ismail Attan (otai dan mentor seni kitorang)


Karikatur...Boleh tempah ngan Akeem.
Karikatur kat JAM DINDING
 Boleh tahan GILA jugak kekadang seninya...Daripada cenderamata custom (mcm keychain, button, etc yg bleh buat tulis2 tu), karikatur, potrait sketch sampai la yg terajaib, lukisan 3d beliau...

Yang ni memang aku tak bleh belah...POWER siot!! Sape kata org Malaysia takleh buat???hehehe...Lu memang 'masuk air' la Akeem..

So, layan la jenguk2 blog beliau. * Nanti aku cakap kat beliau suruh boh chatbox, senang korang tinggal jejak..Boleh contact KERONCONG ART  kat 017-700 6146.

Tuesday, August 17, 2010

SELF PROMOTION!!! LIVE @ BAZAR JB

Entry kali ini aku nak promosikan diriku, 'pencakar' di Bazar JB. Insyaallah kalau takde aral melintang, setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad, jam 8.00 p.m. - 12.00 midnight, aku akan mencakar di Bazar JB.

Model ni kena pose begini sebab dia nak usha2 khemah dia kat seberang tu..Rakan niaga Bazar JB ni..

Korang boleh cari aku kat khemah yg ada jual T-shirt Johor. Kat sini aku buat lukisan potret secara LIVE sahaja. Dari handphone atau foto....i'm very-very sorry..Tu dah kena charge lain. Dalam masa 15 minit, insyaallah wajah anda akan siap di'cakar'...
Pelanggan dari SABAH..Ok what? Buat ole2 dari JOHOR. Buka selalu beliau datang Johor.

Malu nak duduk depan? Jangan takut dan jangan risau kerana AUR telah menemui teknik utk menghilangkan bosan dan malau anda. Anda sebagai model hanya duduk kat sebelah aku. Boleh tengok progress wajah anda di'cakar' sambil berborak prong-preng bersama aku. Tak caya? Cuba la dulu.Masa aku dok 'cakar' part mulut, korang takleh la gerak2. kalau aku cakap apa2 pun, korang hanya bleh keluarkan bunyi...hmmm..saja..hahaha..Gile kejam aku ni..

Satu lagi pesanan kepada bakat2 muda/baru yg masih goyang nak buat LIVE, anda dijemput juga hadir. Aku akan guide korang. Maknanya, kalau aku ada model, sambil aku mencakar, korang cakar la sekali. Masa ni la nak buang 'gigil', 'resah tiba2', 'takut' dan segala penyakit yg tak diperlukan. Tapi jangan tanya banyak2 ngan aku, nanti aku meluat!! hahaha...Tapi aku sgt suka org yg practice banyak2..

Itu lah impian aku...Nak tengok ramai 'pencakar'2 kat JB ni..kalau yg dah terer nak join pun bleh..Aku bleh ejaskan tempat utk korang.

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan

Buat TEBING2 yg selalu mengunjungi AUR...Ku ciptakan sebuah E-Kad Raya khusus untuk korang!!Semoga SELAMAT semunya..Jangan ada yg BOCOR/BOBOS!!!

Selamat Bersahur
Selamat Berpuasa
Selamat Meronda Bazar Ramadhan
Selamat Berbuka Puasa

Selamat BerTarawikh
dan....

selamat mengulangi perkara2 di atas selama
SEBULAN!


painting by: Taib Razak
location: Street between Jln Wong Ah Fook and Jln Meldrum
medium:Watercolor
collector: Mr.Lim, Johor Bahru
size: 20" x 28"
year: 2008
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...