Tuesday, September 13, 2011

AUR art workshop :: Level 01 :: Still Life Study

Contoh.
Bengkel Seni AUR
Tahap 01
Kajian Objek Pegun (Still Life Study)

Sebagai bengkel tahap pertama, peserta akan didedahkan dengan asas melakar objek pegun. Peserta juga akan dibekalkan tips-tips seperti senaman tangan & jari, perkara-perkara perlu dititikberatkan sebelum memulakan lakaran dan banyak lagi.

Yuran sebanyak RM40.00 sahaja. Peserta akan dibekalkan dengan:-
1) Alatan melukis: Buku lakaran saiz A4, pen teknikal, pensil dan pemadam.
2) Makan tengahari disediakan oleh penganjur.

Peserta yang mengikuti bengkel ini akan disahkan sebagai ahli di dalam kumpulam FB- AUR art workshop. Kumpulan ini TERTUTUP, hanya untuk tatapan peserta yang menghadiri bengkel sahaja. Nota-nota dan tips-tips yang berkaitan akan dipaparkan di kumpulan ini.

Hanya 10 peserta sahaja akan diambil untuk satu-satu sessi.

Saturday, September 10, 2011

Plein Air Painting

Raya dah cukup2 lah. Bukak kiosk la pulak. Cari rezeki. Lepas raya ni banayk masa terluang. Bantai la buat plein air painting. Maknanya buat lukisan spontan. Ada jugak yg panggil on the spot painting, ada yg kata insitu painting...Mana2 la...


Hasilnya dapat gak menCAKAr 2 keping..ok la tu...

Tuesday, September 6, 2011

RITMA JOHOR PERTANDINGAN SENI VISUAL TERBUKA JOHOR 2011


RITMA JOHOR
PERTANDINGAN SENI VISUAL TERBUKA JOHOR 2011


1. LATAR BELAKANG

Pertandingan Terbuka Johor 2011: Ritma Johor memberi maksud yang sangat mendalam. Ritma atau irama memberi maksud urutan proses semulajadi yang berulang dalam sela masa yang tetap atau mengikut kiraan atau gerakan bunyi, tempo atau rentak dalam bunyi yang teratur. Namun bagi tema pertandingan ini Ritma Johor merujuk kepada rentak Johor yang menggambarkan imej khusus tentang keunikan atau motif yang menjadi lambang, simbol atau ikon yang merujuk kepada kehidupan, perilaku, aktiviti manusia yang penuh dengan budaya oleh masyarakat Johor dan persekitarannya merangkumi aspek pemikiran seperti pengetahuan, kepercayaan, kesenian, kebudayaan, undang-undang, ekonomi, sosial dan moral serta apa jua yang diwarisi dari dulu hingga kini menerusi sejarah dan budaya Malaysia yang kukuh, diterima pakai, diakui telah menjadi budaya dan imej negeri Johor yang harmoni dan gemilang. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk memberi peluang pengkarya menerokai serta mendalami elemen dan media seni lukis dan seni reka dengan lebih kreatif dan inovatif selain dapat memperlihatkan kepakaran, kekreatifan dan sensitiviti mereka dalam menghasilkan karya.

2. OBJEKTIF

2.1 Mewujudkan hubungan antara Kerajaan Negeri Johor dengan penggiat seni
atau pengkarya.
2.2 Melahirkan pengkarya-pengkarya bidang seni tampak dengan idea-idea yang
lebih kreatif dan inovatif selain memasyurkan negeri Johor menerusi Seni Tampak
2.3 Mengumpul dan menambah koleksi khazanah seni yang tidak ternilai ini
untuk tatapan masyarakat akan datang melalui Yayasan Warisan Johor.


3. KATEGORI PERTANDINGAN
Terdiri daripada 2 kategori iaitu Karya Siap dan Karya Spontan
3.1 KATEGORI I (KARYA SIAP)
3.1.1 Arca
Arca yang dihasilkan hendaklah mengikut tema yang telah ditetapkan. Hasil karya boleh terdiri daripada indoor atau outdoor sculpture. Bagi karya indoor karya boleh dihasilkan dalam bentuk 2d atau 3d yang beratnya tidak melebihi 70kg dengan ketinggian tidak melebihi 6 kaki berdasarkan demensi yang bersesuaian dengan ruang galeri. Bagi karya outdoor pula karya berkenaan hendaklah bersesuaian untuk diletakan di sekitar Galeri Seni Johor. (Sila rujuk pihak galeri untuk menentukan ruang bagi karya outdoor) Binaan arca tersebut mestilah menggunakan bahan yang kukuh, tahan lasak dan mudah alih. Arca tersebut hendaklah mudah diuruskan dan dipamerkan. Karya yang bersifat 3-D dengan teknik yang menyukarkan pihak penganjur mempamerkan karya tersebut tidak dibenarkan dan akan ditolak penyertaannya. Karya berbentuk instalasi dan melalui aplikasi computer tidak dibenarkan.

3.1.2 Catan/ Cetakan
Karya Catan/ Cetakan yang dihasilkan hendaklah mengikut tema yang telah ditetapkan dalam bentuk 2d dan karya tersebut hendaklah berukuran minima 120cm x 120cm dan tidak melebihi 240cm x 180cm sebelum dibingkaikan. Penggunaan bahan adalah bebas dan perlu dibingkaikan.

3.1.3 Batik
Rekaan batik yang dihasilkan hendaklah mengikut tema yang telah ditetapkan yang berukuran 4 meter panjang. Rekaan dalam setiap kategori haruslah berasaskan aplikasi kombinasi teknik-teknik batik, bahan dan penggunaan media batik. Penggunaan media campuran dibenarkan dalam menghasilkan karya namun hanya terhad kepada 60% penggunaan teknik batik dan 40% penggunaan bahan campuran lain.

3.2 KATEGORI II (SPONTAN)
3.2.1 Graffiti
Karya graffiti hendaklah dihasilkan berdasarkan tema yang telah ditetapkan dan berukuran tidak kurang 60 cm x 90 cm dalam masa 4 jam. Penggunaan media adalah bebas namun digalakkan menggunakan barangan terpakai. Segala keperluan hendaklah dibawa sendiri oleh peserta semasa pertandingan ini dijalankan pada 29 Oktober 2011 jam 8.30 pagi di Galeri Seni Johor.

4. SYARAT-SYARAT UMUM PERTANDINGAN
1. Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 13 tahun ke atas kecuali kakitangan Yayasan Warisan Johor.

2. Penyertaan perlu menggunakan borang penyertaan yang disediakan dan
hendaklah diisi dengan lengkap dan jelas serta ditampalkan di belakang
setiap karya. Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan butiran lengkap biodata pelukis dan salinan kad pengenalan.

3. Pengkarya boleh menghantar karya maksima 2 keping sahaja bagi setiap kategori. Namun karya yang tidak menepati syarat yang ditetapkan akan ditolak.

4. Karya perlu berserta dengan keterangan karya yang ditulis dalam Bahasa
Malaysia dan Bahasa Inggeris (sekurang-kurangnya 100 patah perkataan) dan ditampal di belakang karya. Karya yang tiada maklumat lengkap akan ditolak.

5. Karya hendaklah asli dan baru dihasilkan pada tahun 2011 dan belum
pernah menyertai atau memenangi mana-mana pertandingan.

6. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kos yang
ditanggung oleh peserta dan pihak penganjur juga tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas kecuaian, kehilangan, kerosakan, kelewatan atau dalam apa bentuk yang membawa kemusnahan hasil karya peserta.

7. Karya-karya yang menerima hadiah major , minor dan saguhati akan
menjadi hak milik Yayasan Warisan Johor dan kami berhak mencetak atau menerbitkan semula hasil karya berkenaan. Pihak penganjur berhak untuk mempamerkan sebarang hasil karya yang menyertai pertandingan ini dalam tempoh 3 bulan semasa pertandingan di langsungkan. Karya boleh di ambil dalam tempoh dua bulan setelah pameran ditamatkan dan segala kos pengangkutan atau lain-lain adalah tanggungan peserta. Karya yang tidak di ambil lebih daripada 6 bulan akan dianggap sebagai hak milik Yayasan Warisan Johor.

8. Keputusan penghakiman adalah muktamad dan sebarang rayuan dan
bantahan tidak diterima.

9. Yayasan Warisan Johor berhak memilih mana-mana karya tertentu untuk
dimasukkan dalam sebarang bahan penerbitan rasmi jabatan tanpa
tertakluk kepada masa dan tempoh dan perlu dimaklumkan kepada
pemiliknya.

10. Karya-karya yang menyertai pertandingan ini hendaklah sampai di
alamat seperti di bawah sebelum atau selewat-lewatnya pada 15 Oktober 2011, jam 4.00 petang.


14 KEPUTUSAN PENGADIL
Penghakiman akan selepas tarikh tutup pertandingan iaitu pada 20 Oktober 2011. Keputusan Penghakiman akan diumumkan pada 23 Oktober 2011. Peserta yang berjaya akan dihubungi melalui surat dan telefon. Panel hakim yang dilantik adalah dari artis-artis professional dari bidang-bidang berkaitan.

15 MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH
Majlis bagi penyampaian hadiah bagi setiap peserta ialah pada 29 Oktober
2011 jam 2.30 petang, bertempat di Galeri Seni, Yayasan Warisan Johor.


16 PAMERAN
Karya-karya yang berjaya dalam pertandingan akan dipamerkan kepada orang ramai selama 2-3 bulan di Galeri Seni, Yayasan Warisan Johor bermula pada 29 Oktober 2011.

17 HADIAH PERTANDINGAN

KATEGORI ARCA
Hadiah Major : Hadiah wang tunai RM 6,000.00, Trofi dan Sijil
Hadiah Minor : Hadiah wang tunai RM 3,000.00, Trofi dan Sijil
4Hadiah Saguhati : Hadiah wang tunai RM 1,500.00, Trofi dan Sijil

KATEGORI CATAN/ CETAKAN
Hadiah Major : Hadiah wang tunai RM 6,000.00, Trofi dan Sijil
Hadiah Minor : Hadiah wang tunai RM 3,000.00, Trofi dan Sijil
4Hadiah Saguhati : Hadiah wang tunai RM 1,500.00, Trofi dan Sijil

KATEGORI BATIK
Hadiah Major : Hadiah wang tunai RM 4,000.00, Trofi dan Sijil
Hadiah Minor : Hadiah wang tunai RM 2,000.00, Trofi dan Sijil
4Hadiah Saguhati : Hadiah wang tunai RM 1,000.00, Trofi dan Sijil

KATEGORI GRAFITI
Hadiah Major : Hadiah wang tunai RM 1,000.00, Trofi dan Sijil
Hadiah Minor : Hadiah wang tunai RM 500.00, Trofi dan Sijil
4Hadiah Saguhati : Hadiah wang tunai RM 100.00, Trofi dan Sijil

Urusetia :
Ritma Johor
Galeri Seni Johor
Yayasan Warisan Johor,
JKR 144, Jalan Petrie,
81100 Johor Bahru,
Johor Darul Ta’zim

Tel : 07 – 2263266 / 07 – 2245488 / 07 – 2213148
Fax : 07 – 2260728
Email : www.ywj.gov.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...