Showing posts with label AUR and TEBING activities. Show all posts
Showing posts with label AUR and TEBING activities. Show all posts

Tuesday, February 21, 2012

Hari Kejadian::WUJUD:: Kembara AUR & ARAH Mencari TEBING

Dari kiri: Rasyidah Zul, Nabil Azahari, AUR, ARAH, Maria, Fai Zakaria.
Tiada dlm gambar: Panjol
ARAH di ruang pameran beliau.
AUR di ruang pamerannya.
Lawatan oleh sang guru Pak Mail.

Alhamdulillah. Segala yang dimimpi menjadi kenyataan. Semua berjalan lancar. 18 Feb 2012 yg lalu telah menjadi saksi keWUJUDan sebuah Galeri Persendirian- Rampo Haus - dan WUJUD telah menjadi pameran seni visual yang pertama di premis tersebut. Usha2 la gambar2 kat sini..Nak lebih banyak klik link yang diberi di sini.

Thursday, February 16, 2012

WUJUD:: Kembara AUR & ARAH Mencari TEBING

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Dengan segala hormatnya RAMPO Haus menjemput anda ke Pameran Seni Visual
'WUJUD : Kembara AUR & ARAH Mencari TEBING' 
yang akan berlangsung di Taman Impian Emas, Johor Bahru bermula dari 18 Feb sehingga 18 Mac 2012.

Pameran selama sebulan ini akan menampilkan 7 orang pelukis iaitu;
A.R.A.H
Taib AUR
Fai Zakaria
Rasyidah Zul
Maria
Panjol
Nabil Azahari

18Febuari 2012 (SABTU)
2.00 ptg- 2.30 ptg : Pembukaan & Perasmian Galeri
2.45 ptg- 3.15 ptg : Ucapan Pembukaan
3.15 ptg- 3.45 ptg : Penerangan Lukisan/Karya (Setiap Artis)
3.45 ptg- 6.30 ptg : Jamuan/Bersurai

19 Februari 2012-18 Mac 2012
2.00 ptg- 6.30 ptg : Ruang Pameran dibuka selama 1 Bulan.

25Febuari 2012 (SABTU)
2.00 ptg - 6.30 ptg : Pameran & Soal Jawab Bersama
Taib Aur & A.R.A.H

3 Mac 2012 (SABTU)

2.00 ptg - 6.30 ptg : Pameran & Soal Jawab Bersama
Fai Zakaria & Nabil

10 Mac 2012 (SABTU)
2.00 ptg - 6.30 ptg : Pameran & Soal Jawab Bersama
Panjol & Maria

17 Mac 2012 (SABTU)
2.00 ptg - 6.30 ptg : Pameran & Soal Jawab Bersama
Rasyidah Zul

18 Mac 2012 (AHAD)
2.00 ptg - 6.00 ptg : Jualan Bidaan

Semoga kehadiran anda dapat memeriahkan dunia seni visual di negeri Johor.
Terimakasih.

Neil Shah: 016 770 1779
A.R.A.H: 012 326 0024
Taib AUR: 017 719 3599

Friday, November 11, 2011

AUR vs ARAH @ IOI Mall Kulai


9 Oktober 2011
Aktiviti bersama Youth Shout Out 2011
Cakaran bermula.
Belah kiri ARAH..belah kanan AUR
Aku amik sikit..ko amik banyak.
AUR mencecah siling.
ARAH dan ulat dalam otak.
Our message:: REDUCE PLASTIC..use paper bag chap AUR vs ARAH...
Jadi backdrop plak utk photography talk oleh encik KUKUBESI.

Tuesday, October 4, 2011

AUR art workshop :: Level 01 :: Still Life Study

Foto oleh Fara Farhana

Salam. Alhamdulillah pada 2 Oktober baru2 ni telah AUR art workshop telah berjalan dgn lancar. Mula-mula tu agak cuak sebab tak pernah2 aku buat kelas apatah lagi mengajar. Tapi bedal saja lah..dah sampai masanya kot aku kena kongsi2 ilmu aku ni. Tak la banyak mana sangat ilmu aku ni tapi boleh lah sikit2...buat2 saham kat 'sana' nanti..

9.30 pagi sepatutnya kelas bermula. Nampaknya pagi itu aku telah dikalahkan oleh Fara Farhana yg siap menunggu. Cis...ni yg aku marah ni. Patutnya aku yg sampai dulu..Kemudian diikuti oleh Fairuz Jay Majid, Azuana Ahmad, Haeta dan Kusha yg terakhir.

Kelas ni sengaja dibuat di restoran belakang kiosk aku. Matlamatnya supaya CAKArist2 baru ni bleh biasakan keadaan dgn org ramai.Kitorang pun strat la dengan senaman melembutkan tangan. Nak mencakar pun kena warm up tau!...Nak tau cemana? Kena masuk kelas la...


Inilah dia para CAKArist yg ikut AUR art workshop
Perrrgh...Gaya 100 markah aku kasi korang!!
Kalau bab MELANTAK...serah saja pada Sang AUR durjana..
Dah abis kelas, nafsu aku mula memuncak. Terpaksa la aku melampiaskannya dengan mencakar.
Nampaknya memang diorang ni selamba je. Tak peduli pun orang2 di sekeliling. Cayalah korang!!!...Dah warm up sampai la masanya diorang ni kena cakar objek yg aku letak kat depan diorang.

Alhamdulillah. Nampaknya diorang ni boleh melukis. Sekaligus aku cuba menafikan apa yg selalu orang kata. 'Nak melukis ni kena ada BAKAT'. Pada aku KEMAHUAN tu lagi penting, sebab bakat boleh di asah. KEMAHUAN tu tuan punya badan yg tahu. Dengan sedikit bimbingan dan teknik, sekejap je diorang dah boleh tangkap.

Acara kemuncaknya, seperti yg dijanjikan. AYAM PENYET power oleh SEGGET RECIPE.

Kepada yang teringin nak ikut AUR art workshop, nantikan pengumumam seterusnya.

Tuesday, September 13, 2011

AUR art workshop :: Level 01 :: Still Life Study

Contoh.
Bengkel Seni AUR
Tahap 01
Kajian Objek Pegun (Still Life Study)

Sebagai bengkel tahap pertama, peserta akan didedahkan dengan asas melakar objek pegun. Peserta juga akan dibekalkan tips-tips seperti senaman tangan & jari, perkara-perkara perlu dititikberatkan sebelum memulakan lakaran dan banyak lagi.

Yuran sebanyak RM40.00 sahaja. Peserta akan dibekalkan dengan:-
1) Alatan melukis: Buku lakaran saiz A4, pen teknikal, pensil dan pemadam.
2) Makan tengahari disediakan oleh penganjur.

Peserta yang mengikuti bengkel ini akan disahkan sebagai ahli di dalam kumpulam FB- AUR art workshop. Kumpulan ini TERTUTUP, hanya untuk tatapan peserta yang menghadiri bengkel sahaja. Nota-nota dan tips-tips yang berkaitan akan dipaparkan di kumpulan ini.

Hanya 10 peserta sahaja akan diambil untuk satu-satu sessi.

Thursday, August 18, 2011

AUR vs ARAH LIVE @ The Scandalist, JB

Salam buat TEBING2 ku sekalain. Amacam puasa? Ada yang berlubang tak?kekekeh..

16 Ogos 2011, Jalan Dhoby JB:: AUR dan ARAH kembali berduet untuk konsert kakilima di The Scandalist (kedai pakaian) yg sedang meletop2 namanya di JB ni. Alhamdulillah...dapat la jugak tambah sikit2 duit raya.
Sudah lama sebenarnye tuan kedai ni berhajatkan mural ni. Baru semalamlah tertunai hajat beliau. Bila AUR ada ARAH plak takde..bile ARAH ada AUR plak itulah..inilah...Nak cerita bebanyak tak tau ape nak cerita. Layan-layanlah foto yang dihidangkan ye?
AUR dan 'kakitangan'nya...
ARAH dan makhluk 'otobobot'nya...
 
Burung kukukur ARAH cuba dilastik oleh tangan AUR tetapi makhluk otobot datang menghalang!
Dari pukul 10 malam sampai la pukul 4 pagi..baru setel.Baju belang2 tu tauke The Scandalist.
 Petisuara & Hentak Berlipat pun ada juga..
Sekian sahaja kisah untuk kali ini. Selamat mengerjakan ibadah puasa.

Saturday, April 30, 2011

AUR with geng CAKA @ JOHO carboot sales-May

 7 Mei 2011
at JOHO concept store
1.00pm-7.30pm
JOHO car boot sales edisi May datang lagi. Kali ni AUR akan turun bersama2 geng CAKA. Macam biasa aktiviti CAKAr menCAKAr akan berlangsung di samping membeli belah dengan BOOTERs yang lain. Ada barang vintage, makan2, barang D.I.Y, dan macam2 lagi lah...Tetapi yang paling istimewanya ialah kami mengHARAMkan penjualan barangan TIRUAN / IMITASI. Anti Cetak Rompak!!!

JOHO car boot sales May edition will come again. This time AUR will join geng CAKA. As usual, we will do sketching and painting activities beside you can visit and shopping with other BOOTERs. There are vintage product, food & beverage, D.I.Y product and many more. The special thing in our event is we are NOT ALLOWING imitation/piracy trade.

Macam biasa AUR setia menunggu art collector kecil-kecilan untuk beli barang sepakej dua mini painting. Kat post yang lepas ade gambar diorang...
Like the past, AUR will waiting the young art collector to buy the mini painting which will be sell at very reasonable price. You can check out them at my previous post. 

Kalau takde apa-apa masalah mungkin geng dari Fakulti Senibina UTM pun nak turun datang menCAKAr. Marilah sertai kami. Kami buakn gengster...kami geng CAKA je...hahaha..Kalau nak join tak payah nak sumpah darah bagai.
If there is no problem maybe sketchers from UTM Architecture Faculty  will also join in the activity. Come an join us. We are not a gangster. We are geng CAKA. Nothing to worry with us.
Sebahagian daripada stok yang akan berada di sana.
A part of a stock that will be there.

Ni pun stok baru jugak.
Also a new stock.

Saturday, April 9, 2011

AUR @ JOHO carboot sales-April

3 April 2011 yang lalu, AUR bersama CAKArist2 dan Rakyat2 Tepijalan telah menyertai jualan di JOHO car boot sales. Ini acara bulanan. Kepada yang terlepas, bulan depan boleh datang lagi.

Sekali ni aku tidak keseorangan lagi. Ada kawan2 yang join menCAKAr dan ada sorang tu aku bagi ruang sikit untuk jual photografi jalanan beliau.

Alhamdulillah. Carboot sales kali ni yang terBAIK sepanjang keseluruhan car boot sales!..Mudah2an yang akan datang menjadi lebih BAEK!!!... Layan lah gambar di bawah.
LIVE watercolor Portrait.Model: Ezza

LIVE watercolor Portrait.Model: Dragoste

Bernaung di bawah naungan Kerajaan Bawah Pokok!!hahaha
Art collector aku datang lagi!!..Bulan lepas dah sebat, bulan ni korang sebat lagi??..Sila menyebat lukisan2 aku di event akan datang. Terimakasih buat korang.

Dah puas menCAKAr muka orang, aku CAKAr basikal plak!

Ni dia Jurufoto Jalanan JOHO.. Yang tengah tu. Ariff namanya. Beliau sangat gumbira sebab karyanya dibeli orang.

Bulan depan ada lagi. Nanti aku iklankan di blog. Datang la ramai2..Gerenti puas hati

Friday, April 1, 2011

AUR @ JOHO carboot sales-April

Salam buat semua. Bulan April ni JOHO carboot sales datang lagi.. 3 April di JOHO Concept Store.Memang aku tak pernah miss event ni setiap bulan dari edisi yg pertama lagi. Kalau nak peta lokasi kejadian atau sebarang pertanyaan, sila klik link di atas...

Bulan ni nampaknya AUR menCAKAr tanpa A.R.A.H lagi kerana beliau masih sibuk dengan solo exhibition beliau di NSTP gallery, KL. Belasah je lah..Rakyat tepijalan ini akan terus menCAKAr untuk Rakyat2 Jelata yang lain!!!
Datang la ramai2 bawak keluarga dan kawan2..Macam2 ada!!!

Untuk edisi ni aku AUR nak buat rakaman video LIVE WATERCOLOR PORTRAIT. Dengan ini AUR membuka peluang kepada sesiapa yang nak jadi model pada hari tersebut. Aku nak CAKAr dia cukup2!!...Hanya 2 orang yang terpantas yang mengkompom akan menjadi yang bertuah. Untuk confirm sila hubungi melalui SMS 017-719 3599


Jumpa AUR di sana!!!!

Thursday, March 24, 2011

AUR @ Kampung-Terengganu

Ni cerita balik kampung mertua kat Kuala Terengganu. Tak lama. 4 hari je cuti. 2 hari perjalanan, sebenarnya dok kampung 2 hari je. Target aku sekali ni tak lain tak bukan aku nak pergi jugak2 tempat buat kapal kat Pulau Duyong tu. Aku nak study Perahu Besar Terengganu jenis Perahu Pinis.

Nasib baik ada kabel baeek punya. Beliau ialah abah mertuaku. Pulau Duyong tu kampung dia. Tukang2 dan tauke dockyard tu semua dia kenal..Cantek!!! Balik JB nanti memang aku modiy balik model Prahu Besar aku tu...Layan gambar je lah ye??
Live Painting at Pulau Duyong.

Perahu Pinis ni la yang aku gilakan sangat!!
Ni model Perahu Besar aku.. Siap Remote lagi...kekekeh

Layan naik bot penambang! Anak tak habis2 sebut KAPANG (kapal)!!

Puas le dia dpt naik bot.

Jumpe CAKArist Teluk cempedak jap on the way

Melepak di pot CAKArist Teluk Chempedak. Munif!

Thursday, March 17, 2011

AUR @ JOHO Carboot Sales- March

Assalamualaikum.

Dah seminggu lebih baru nak cerita...Apa la punya AUR ni...Sebenarnya event ni sehari selepas Fenomena Art Festival kat UTM.

Acara ni memang bulanan AUR ikut dari edisi pertama lagi...kikiki...Selalunya AUR menCAKAr bersama ARAH, tapi kali ni ARAH buat solo kat NSTP KL maka tinggallah AUR tanpa ARAH. CAKArist yang lain pun ntah mana plak ilang...Ilmu magik diorang dah menjadi la tu...

Kali ni AUR layan jual CAKAran bawah pokok. Bawak banyak2 lukisan kecik2 dan chumel2...Alhamdulillah..Banyak jugak laku...Saiz lukisan watercolor dalam 5in x 5in je...Jual RM15 je sekeping..Tu yang berdezup jalan...Hmmm...lepas ni kena buat banyak2 lagi...

Ucapan terimaksih tak terhingga kepada penganjur (JOHO) dan para collector (collector kecil2an)..serta kengkawan yang meniaga dan men'shopping'..
Collector kecil2an...Aku doakan korang KAYA dan collect pianting besar pulak!!!

Vespa pun aku CAKAr...Tibai je...

Bawah pokok atas tanah..Street art rules!!!

Murah2 saja..Beli 2 free 1

Ni kat booth jiran..Best gak idea dia..2 dalam 1...sebenarnya box ni ialah tabung!!

Saturday, February 26, 2011

A.R.A.H solo exhibition, 1-31 march 2011, NSTP

Salam kepada semua... Hari ini dengan bangganya AUR nak promote salah sorang TEBING yang juga salah seorang ahli ketat geng CAKA... Beliau ialah A.R.A.H (cuba tgk dalam entry2 yang lepas). Penghargaan buat beliau sebab beliau yang telah menyuntik semangat melukis AUR.




 Semoga dilimpahi rezeki berganda.!!

*Lepas ni ni turn AUR pulak....

Thursday, February 24, 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...