Showing posts with label AUR watercolor. Show all posts
Showing posts with label AUR watercolor. Show all posts

Wednesday, December 31, 2014

Tempahan Lukisan Cat Air

Tempahan lukisan cat air-untuk dijadikan cenderamata oleh pelanggan.
Commisioned watercolour painting-as souvenir item.


Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, Johor Bahru, Malaysia
Saiz / Size : 9in x 12in (a4)
Bahan / Medium : Cat Air / Watercolour
Tahun / Year : 2014
Harga / Price : RM300.00 ( siap berbingkai/ framed)


Stesen Keretapi Johor Bahru, Johor, Malaysia
Saiz / Size : 9in x 12in (a4)
Bahan / Medium : Cat Air / Watercolour
Tahun / Year : 2014
Harga / Price : RM300.00 ( siap berbingkai/ framed)


Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Nusajaya, Johor, Malaysia
Saiz / Size : 9in x 12in (a4)
Bahan / Medium : Cat Air / Watercolour
Tahun / Year : 2014
Harga / Price : RM300.00 ( siap berbingkai/ framed)


Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru, Malaysia
Saiz / Size : 9in x 12in (a4)
Bahan / Medium : Cat Air / Watercolour
Tahun / Year : 2014
Harga / Price : RM300.00 ( siap berbingkai/ framed)


Hubungi / Contact:
Taib Aur 
+6 017 719 3599
artuntukrakyat@gmail.com



Saturday, September 10, 2011

Plein Air Painting

Raya dah cukup2 lah. Bukak kiosk la pulak. Cari rezeki. Lepas raya ni banayk masa terluang. Bantai la buat plein air painting. Maknanya buat lukisan spontan. Ada jugak yg panggil on the spot painting, ada yg kata insitu painting...Mana2 la...


Hasilnya dapat gak menCAKAr 2 keping..ok la tu...

Friday, June 10, 2011

AUR Solo Exhibition @ NSTP Jln Riong Bangsar

Assalamualikum. Mesti ramai yang tanya mana la perginya Sang Aur ni. Ini le nak bagitau. Aku dok sibok menyiapkan 30 lukisan untuk Pameran Solo aku yang pertama. Sekarang dah siap. Dah bermula pun pamerannya. Berlangsung dari 6-30 Jun 2011 di Lobi Utama, Balai Berita, New Straits Times, Jalan Riong, Kuala Lumpur. Alhamdulillah..Tercapai jugak cita2 aku yang satu ni. Tergolek2 jugak dibuatnye nak menyiapkan lukisan2 tu.

Kepada TEBING2ku yang duduk berhampiran, juga kepada yang berminat nak tengok karya2 AUR, jemputlah datang ye. 10 pg sampai 6 petang setiap hari termasuk Ahad. Cumanya aku tak stay kat KL nun. Dalam seminggu mungkin 2 hari aku akan berada di sana.

Kepada yang dah datang tu nanti, anda dibenarkan untuk membuat ulasan di blog anda. Positif atau negative, no problem.

Saturday, April 30, 2011

AUR with geng CAKA @ JOHO carboot sales-May

 7 Mei 2011
at JOHO concept store
1.00pm-7.30pm
JOHO car boot sales edisi May datang lagi. Kali ni AUR akan turun bersama2 geng CAKA. Macam biasa aktiviti CAKAr menCAKAr akan berlangsung di samping membeli belah dengan BOOTERs yang lain. Ada barang vintage, makan2, barang D.I.Y, dan macam2 lagi lah...Tetapi yang paling istimewanya ialah kami mengHARAMkan penjualan barangan TIRUAN / IMITASI. Anti Cetak Rompak!!!

JOHO car boot sales May edition will come again. This time AUR will join geng CAKA. As usual, we will do sketching and painting activities beside you can visit and shopping with other BOOTERs. There are vintage product, food & beverage, D.I.Y product and many more. The special thing in our event is we are NOT ALLOWING imitation/piracy trade.

Macam biasa AUR setia menunggu art collector kecil-kecilan untuk beli barang sepakej dua mini painting. Kat post yang lepas ade gambar diorang...
Like the past, AUR will waiting the young art collector to buy the mini painting which will be sell at very reasonable price. You can check out them at my previous post. 

Kalau takde apa-apa masalah mungkin geng dari Fakulti Senibina UTM pun nak turun datang menCAKAr. Marilah sertai kami. Kami buakn gengster...kami geng CAKA je...hahaha..Kalau nak join tak payah nak sumpah darah bagai.
If there is no problem maybe sketchers from UTM Architecture Faculty  will also join in the activity. Come an join us. We are not a gangster. We are geng CAKA. Nothing to worry with us.
Sebahagian daripada stok yang akan berada di sana.
A part of a stock that will be there.

Ni pun stok baru jugak.
Also a new stock.

Saturday, April 9, 2011

AUR @ JOHO carboot sales-April

3 April 2011 yang lalu, AUR bersama CAKArist2 dan Rakyat2 Tepijalan telah menyertai jualan di JOHO car boot sales. Ini acara bulanan. Kepada yang terlepas, bulan depan boleh datang lagi.

Sekali ni aku tidak keseorangan lagi. Ada kawan2 yang join menCAKAr dan ada sorang tu aku bagi ruang sikit untuk jual photografi jalanan beliau.

Alhamdulillah. Carboot sales kali ni yang terBAIK sepanjang keseluruhan car boot sales!..Mudah2an yang akan datang menjadi lebih BAEK!!!... Layan lah gambar di bawah.
LIVE watercolor Portrait.Model: Ezza

LIVE watercolor Portrait.Model: Dragoste

Bernaung di bawah naungan Kerajaan Bawah Pokok!!hahaha
Art collector aku datang lagi!!..Bulan lepas dah sebat, bulan ni korang sebat lagi??..Sila menyebat lukisan2 aku di event akan datang. Terimakasih buat korang.

Dah puas menCAKAr muka orang, aku CAKAr basikal plak!

Ni dia Jurufoto Jalanan JOHO.. Yang tengah tu. Ariff namanya. Beliau sangat gumbira sebab karyanya dibeli orang.

Bulan depan ada lagi. Nanti aku iklankan di blog. Datang la ramai2..Gerenti puas hati

Friday, April 1, 2011

AUR @ JOHO carboot sales-April

Salam buat semua. Bulan April ni JOHO carboot sales datang lagi.. 3 April di JOHO Concept Store.Memang aku tak pernah miss event ni setiap bulan dari edisi yg pertama lagi. Kalau nak peta lokasi kejadian atau sebarang pertanyaan, sila klik link di atas...

Bulan ni nampaknya AUR menCAKAr tanpa A.R.A.H lagi kerana beliau masih sibuk dengan solo exhibition beliau di NSTP gallery, KL. Belasah je lah..Rakyat tepijalan ini akan terus menCAKAr untuk Rakyat2 Jelata yang lain!!!
Datang la ramai2 bawak keluarga dan kawan2..Macam2 ada!!!

Untuk edisi ni aku AUR nak buat rakaman video LIVE WATERCOLOR PORTRAIT. Dengan ini AUR membuka peluang kepada sesiapa yang nak jadi model pada hari tersebut. Aku nak CAKAr dia cukup2!!...Hanya 2 orang yang terpantas yang mengkompom akan menjadi yang bertuah. Untuk confirm sila hubungi melalui SMS 017-719 3599


Jumpa AUR di sana!!!!

Thursday, March 24, 2011

AUR @ Kampung-Terengganu

Ni cerita balik kampung mertua kat Kuala Terengganu. Tak lama. 4 hari je cuti. 2 hari perjalanan, sebenarnya dok kampung 2 hari je. Target aku sekali ni tak lain tak bukan aku nak pergi jugak2 tempat buat kapal kat Pulau Duyong tu. Aku nak study Perahu Besar Terengganu jenis Perahu Pinis.

Nasib baik ada kabel baeek punya. Beliau ialah abah mertuaku. Pulau Duyong tu kampung dia. Tukang2 dan tauke dockyard tu semua dia kenal..Cantek!!! Balik JB nanti memang aku modiy balik model Prahu Besar aku tu...Layan gambar je lah ye??
Live Painting at Pulau Duyong.

Perahu Pinis ni la yang aku gilakan sangat!!
Ni model Perahu Besar aku.. Siap Remote lagi...kekekeh

Layan naik bot penambang! Anak tak habis2 sebut KAPANG (kapal)!!

Puas le dia dpt naik bot.

Jumpe CAKArist Teluk cempedak jap on the way

Melepak di pot CAKArist Teluk Chempedak. Munif!

Thursday, March 17, 2011

AUR @ JOHO Carboot Sales- March

Assalamualaikum.

Dah seminggu lebih baru nak cerita...Apa la punya AUR ni...Sebenarnya event ni sehari selepas Fenomena Art Festival kat UTM.

Acara ni memang bulanan AUR ikut dari edisi pertama lagi...kikiki...Selalunya AUR menCAKAr bersama ARAH, tapi kali ni ARAH buat solo kat NSTP KL maka tinggallah AUR tanpa ARAH. CAKArist yang lain pun ntah mana plak ilang...Ilmu magik diorang dah menjadi la tu...

Kali ni AUR layan jual CAKAran bawah pokok. Bawak banyak2 lukisan kecik2 dan chumel2...Alhamdulillah..Banyak jugak laku...Saiz lukisan watercolor dalam 5in x 5in je...Jual RM15 je sekeping..Tu yang berdezup jalan...Hmmm...lepas ni kena buat banyak2 lagi...

Ucapan terimaksih tak terhingga kepada penganjur (JOHO) dan para collector (collector kecil2an)..serta kengkawan yang meniaga dan men'shopping'..
Collector kecil2an...Aku doakan korang KAYA dan collect pianting besar pulak!!!

Vespa pun aku CAKAr...Tibai je...

Bawah pokok atas tanah..Street art rules!!!

Murah2 saja..Beli 2 free 1

Ni kat booth jiran..Best gak idea dia..2 dalam 1...sebenarnya box ni ialah tabung!!

Wednesday, March 9, 2011

AUR @ Fenomena ART Fest

5 Mac 2011
AUR di UTM untuk support satu event yang dinamakan Fenomena ART Festival. Alhamdulillah, kira ok jugak la walaupun agak terkilan dengan gelagat2 student yang pandang seni ni....alahai...korang nak murah2 aje...ape tak cukup murah lagi ke harga yang aku bagi tu....Yang lagi best kalau yang dok beria2 melaungkan ART tapi nak free...Adoyai!!!...Akhirnya peniaga2 sekeliling jugak yang sebenarnya me'masyuk'kan aku...Student ada la jugak sorang dua je...

Tak mau la cakap manyak2..tengok la gambar!...
LIVE watercolor portrait.
PIKO Marionexxes tgh perfom sambil diCAKAr!!!..
Beliau setelah diCAKAr!!
Tapi terkilan2 pun aku tetap respek sebab diorang berani mencuba benda2 mcm ni kat Johor. Cuma pendapat aku ialah pengisiannya kena lebih ARTistik la...Jangan le band aje memanjang...Baik taruk je MUSIC festival. Aku ingatkan ada busking ke, lakonan sketsa ke, bacaan sajak ke...Takpe jangan kecik hati...amik je komen aku ni untuk pembaikan di masa akan datang.

Kalau korang nak tengok gambar banyak2 lagi bleh usha kat blog member ni...Qusyaire Ezwan...Foto kedua tu dia la punya kerja..

Monday, February 28, 2011

LIVE portrait in Watercolor

Assalamualikum...dua tiga hari ni AUR sedang masyuk buat Live Portrait pakai watercolor. Tengah berkerja keras ni nak dapatkan tune. Semua ini adalah akibat terkesan dan terpersona dengan karya Cikgu Adzran Omar. Style dia sangat simple tapi boleh nampak raut wajah orang tersebut...

Good Day!.. in few days i'm too excited to practice Live Portrait using watercolor. I'm i'm too struggling to get the stroke. All this happened after seeing some sketches from Cigu Adzran Omar. His style was so simple but still you can recognized who is in the sketch. 
Candid!!

Business neighbor in action. The Shoe Doctor!!

Another neighbor's daughter!!

Whoever crossing my kiosk will become my victim!! hahaha

Thursday, November 25, 2010

CAKAR @ JOHO car boot sales!!

Penganjur (geng JOHO) dok merenung hujan.
14  Nov 2010:: Sori lewat sikit update. Ni kisah CAKAR menCAKAR oleh geng CAKAR di ‘JOHO car boot sales’ di Lost Malaya Johor Bahru. Sebenarnya event tu hampir2 dibatalkan disebabkan hujan tak berhenti2. Dari pukul 2.00pm sampai ke 4.30pm…hujan agak sempoi2 bahasa..sekejap lebat sekejap renyai. Tapi apakan daya kita ni makhluk Allah. Manakan daya nak tahan2 hujan tu. Hanya mampu berdoa dan pasrah.

Peniaga2 dah berkumpul, penganjur pun dah serba salah. Aku gi melantak dulu..Perut dah rock n roll.  Dengan ke’degil’an Andy (The Good Old Things) dan Ejat (Gerobok Klasik) serta beberapa orang lagi peniaga….di dalam keadaan hujan renyai2 diorang belasah jugak bukak bonet. Peniaga lain…Apa lagi…terkesanlah mereka dengan pengaruh rakan sebaya.
Kelompok Usahawan JOHO terawal yg mengakibatkan pengaruh rakan sebaya.
Yang bestnya bila memasing dah bukak bonet, yang dtg nak shopping pun dengan girangnya bleh layan main lecak menjadikan emosi2 yg tadinya terganggu kembali ceria. Penganjur pun dah bleh sengih2 skit..kekekeh….

CAKAR datang bukanlah untuk bukak bonet. AUR dan A.R.A.H  serta Wana dtg mewakili geng CAKAR untuk bukak ‘easal’(tripod lukisan)..Mula2 teragak2 jugak nak buat outdoor painting tatkala hujan. Tapi diorang bleh bukak bonet…takkan kitorang tak bleh. Maka, geng CAKAR pulak terkena pengaruh rakan sebaya.
Dari kiri: Wana, A.R.A.H dan AUR
Aku bermain dengan cat air di atas kanvas. A.R.A.H pulak dengan akriliknya. A.R.A.H tak kisah sgt dgn hujan renyai2 tu sebab akrilik kena hujan sikit2 ok je. Aku pulak kena berpayung. Tapi lepas masuk warna background aku biarkan sekejap hujan menjamah lukisan aku. Dapatlah kesan2 hujan secara alami. Hehehehe…Lukisan aku tu pun tajuknya pasal event tu-RAINY CAR BOOT SALES-. Pukul 6.30pm, hujan pun dah berhenti, suasana semakin gelap, aku pun sudahi lukisan aku dengan charcoal.

Korang tengak lah CAKARan tu. Memang sekarang ni aku dah mula menyelongkar style sebegini.

Tuesday, September 21, 2010

PASO BUMBONG story


Walaupun dah dekat 3 minggu berlalu...ni la sikit lebih kurang gambar2 dan cerita ceriti pasal PASO BUMBONG pada 4 Sept yg lalu. Keadaan sgt enjoy..Semua orang sprting dan saling hormat menghormati..walaupun sebelum ni tak pernah bersua...Buat bro Carl Samsudin, tq kerana sudi tegur aku yg tak seberapa ni...

CAKARan oleh AMLI

Blogger ANA ZEYY pun menCAKAR jugak walaupun pada mulanya malu2 kucing siam!!


ACID dengan gaya CAKARannya yg tersendiri
Ada akustik band, bacaan puisi, jualan brg2 rare, bicycle show, tembak menembak fotografi dan aku bersama bala tentera aku...apa lagi...CAKAR MENCAKAR LA...Ni la antara penCAKAR dan CAKARan yang kami buat..
CAKARan ku....Suasana di PASO BUMBONG!!!
Kebetulan member tapak sebelah pakai kasut RARE ni...Apalagi, dia siap bukak kasut utk diCAKAR. TQ En, Fandi..
Ni la hasilnya. Akhirnya tuan punya kasut yg beli CAKARan ni..
 Aku pulang malam tu dengan hati yang PUAS!!! Sebab A.B.C. aku dah jadi kenyataan...Terimaksih buat TEBING2 yg memberikan kerjasama sepenuh jiwa!!!
Enjoy bersama mereka..Ni semua wajah2 bakal penCAKAR terulung di JB. Aku doakan kita berjaya!!!!

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan

Buat TEBING2 yg selalu mengunjungi AUR...Ku ciptakan sebuah E-Kad Raya khusus untuk korang!!Semoga SELAMAT semunya..Jangan ada yg BOCOR/BOBOS!!!

Selamat Bersahur
Selamat Berpuasa
Selamat Meronda Bazar Ramadhan
Selamat Berbuka Puasa

Selamat BerTarawikh
dan....

selamat mengulangi perkara2 di atas selama
SEBULAN!


painting by: Taib Razak
location: Street between Jln Wong Ah Fook and Jln Meldrum
medium:Watercolor
collector: Mr.Lim, Johor Bahru
size: 20" x 28"
year: 2008

Wednesday, August 4, 2010

Usahasama pertama AUR dan TEBING!!!!

Salam buat semua..

Hari ni ada special post..Hasil kerjasama AUR dan TEBING en. Amri (blogger PUISI PAKWI), maka terhasillah sebuah seloka berpandukan lukisanku (WATERCOLOR::Kapchai the Series)...Meh la jenguk2 kat blog beliau..


Ni gambar painting tu semasa dalam proses...Nak tengok yg dah siap...silalah ke blog Puisi Pakwi

Selamat berhibur..

Tuesday, June 29, 2010

WATERCOLOR

Nak keluar ke tak nak?...nak keluar ke tak nak?...


Eh..eh...cemana bleh terkeluar plak ni...Rilek warung dulu la.Layan dam haji..


Dah petang apa lagi...Libas la sampai maghrib..Selagi tak azan, selagi tu la tak game over!!!

The 'KAPCHAI' series

Watercolour on A4 size paper
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...