Terlalu lama tak menulis di sini...Selamat Berpuasa dan tak lama lagi Selamat hari Raya...So utk kali ini saya nak berkongsi dgn anda semua fasal aktiviti di Bazar JB.
Tahukah anda di mana letaknya Bazar JB ni??... Bazar JB ni sebenarnya dah dimulakan sejak Januari baru2 ni di Legaran Segget Zon A...Kalau orang2 JB, tau la diorang kalau disebut berhampiran bangunan UMNO dan Bangunan MARA...
Apa yang saya buat kat sini??... Lebih kurang dalam bulan Mei yg lalu, saya telah memulakan aktiviti lukisan potret secara 'LIVE'....duduk depan 15minit...wajah anda siap dilakar!!! Amacam? Ada berani??hehehe....
Inilah saya yang sedang beraksi...Model saya tak duduk depan..Model saya akan duduk tepi, jadi model boleh lihat macammana potretnya dilakar...
Waktu dan hari beraksi saya ialah pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad. Jam 8mlm-12tgh mlm...Sekarang ni ada sorang lagi kawan yang menemani saya...Beliau ialah AMIR... Dia layan karikatur. jadi pelanggan boleh buat pilihan nak lakaran potret ke nak karikatur....
Baru-baru ni ada satu apek mintak lukis muka dia..saya ada gak perasan dia dok datang survey dalam dua tiga minggu lepas...bila tanya...dia datang dari Keluang...Mak aih!!! Jauh tu....Semata-mata nak lukis potret je..Lepas tu dia balik...Terharu rasanya...


Amacam???? 15 minit dapat sketch yang macam ni... Ok what???...RM 10.00 je satu orang...Saiz a4.
Ok lah...Rasanya sampai sini dulu...nanti2 saya akan cuba rajinkan diri menulis lagi... Salam buat semua...