Monday, February 28, 2011

LIVE portrait in Watercolor

Assalamualikum...dua tiga hari ni AUR sedang masyuk buat Live Portrait pakai watercolor. Tengah berkerja keras ni nak dapatkan tune. Semua ini adalah akibat terkesan dan terpersona dengan karya Cikgu Adzran Omar. Style dia sangat simple tapi boleh nampak raut wajah orang tersebut...

Good Day!.. in few days i'm too excited to practice Live Portrait using watercolor. I'm i'm too struggling to get the stroke. All this happened after seeing some sketches from Cigu Adzran Omar. His style was so simple but still you can recognized who is in the sketch. 
Candid!!

Business neighbor in action. The Shoe Doctor!!

Another neighbor's daughter!!

Whoever crossing my kiosk will become my victim!! hahaha

Saturday, February 26, 2011

A.R.A.H solo exhibition, 1-31 march 2011, NSTP

Salam kepada semua... Hari ini dengan bangganya AUR nak promote salah sorang TEBING yang juga salah seorang ahli ketat geng CAKA... Beliau ialah A.R.A.H (cuba tgk dalam entry2 yang lepas). Penghargaan buat beliau sebab beliau yang telah menyuntik semangat melukis AUR.




 Semoga dilimpahi rezeki berganda.!!

*Lepas ni ni turn AUR pulak....

Thursday, February 24, 2011

Sunday, February 20, 2011

AUR @ Hotel Selesa Pasir Gudang


Bersempena Festival Layang-layang Sedunia kali ke 16 di Pasir Gudang, terjongol lah AUR kat Hotel Selesa Pasir Gudang. Kat hotel ni pelayang-pelayang tempatan dan luar negara berhimpun dan menginap. Alhamdulillah dapat la sikit2 tempias.

Tapi agak sedih sebab geng2 CAKA yang lain tak dapat join. A.R.A.H terlalu sibuk dengan persiapan pameran solo beliau Mac 2011 ni. Pak Mail plak tak berapa sihat.. So AUR mencakar tak berTEBING la nampaknya.

Jadi jemput2 lah ye layan gambar2 kat bawah ni...


Sahabatku si tukang pukul (drummer) band LORI PASIR

Stroke ni kadang2 je keluar...Cemana nak control ni?

THE KITE COUPLE from Thailand

Saturday, February 12, 2011

CAKA @ JOHO car boot sales-february

Pemandangan di hari itu.
CAKArist in action

Assalamualaikum and good day to all. Sori la lama tak update (berapa banyak lori sori daaa...)

Sedikit sedutan kejadian di JOHO car boot sales edisi Februari.

Menghayati adalah hak anda.

Chef pun kena CAKAr jugak
Merogol kombi


University of KAKILIMA graduated.

Wednesday, January 26, 2011

Melayarkan Bahtera



Relax2 sambil layan pelayaran bot AUR ok??...Balik Taiping baru ni sempat la jugak melepas gian ke Lombomg!!

Saturday, January 15, 2011

geng CAKA interframed!!!

Salam Semua TEBING2ku yang terchenta!!!... Hari ni nak eksen skit sebab geng CAKA kena interbiu...huhuhu... Layan2 lah ye...

credit to Syed Syahrul Zarizi . Terimaksih daun keladi...lain hari interbiu lagi!!!

Saturday, January 1, 2011

CAKA @ Segget :: Menyambut ketibaan 2011

Salam kepada TEBING2 semua..Sori la lama tak update..Bulan 12 lepas terlalu sibuk meniaga. Maklum la cuti sekolah..Ni bulan Januari bleh la relax2 skit...Ape cerita baru geng CAKA???...Meh baca dulu..

31 Disember 2010: 3 org CAKArist tegar telah berkumpul dan menCAKAr di Kiosk AUR di Segget..Sape yg TEGAR sgt tu?? AUR, A.R.A.H. dan sifu AUR, Ismail Attan.

Jom tgk2 foto kitorang.
Mula menCAKAr ...Pkul 4ptg
 Walaupun sebenarnya sebelah malam ada sambutan tahun baru dan berlangsungnya Karnival Budaya dan Warisan, tapi nampaknya orang2 mcm kami ni memang takde mana2 jabatan atau orgaisasi yg nak bagi perhatian. Dah memang kitorang pun dah biasa dgn keadaan mcm ni. Jadi kitorang jalan je la dgn cara kitorang sendiri.

Oleh kerana itu juga aku dedikasikan CAKAran aku yg bertajuk 'Anak Emas di Negeri Orang, Anak Tiri di Negeri Sendiri'..Kalau ada yang terasa tu...nasib korang lah. Bukan aku saja suka bikin panas, dah memang terang lagi bersuluh.
Biar la org menilai sendiri art scene kat JB ni melalui CAKAran aku.



A.R.A.H. mcm bisa je...Kali ni CAKArannya tak Jiwa2 kacau sgt... Lebih ke arah patriotik pulak. Arah tahun baru kot!!
A.R.A.H. konon2nya pemalu membelakangi kamera..
Yang kat bawah ni pulak Pak Guru aku...Ismail Attan. Asalnya beliau melukis di Kakilima juga sehingga 2007, dia banyak fokus kat studio dia..Jadi kali ini, dia kembali ke Kakilima. Bukan kerana apa2, cuma kerana dia rindukan suasana itu. Studionya masih aktif dan masih banyak kerja yang menimbun..Nanti senang2 aku review studio beliau.
Pak Mail dgn 'Johor Negeriku'nya...
Gedebuk gedebak sambil kemas2, dah pukul 1 pagi rupanya..Lepas CAKAran dan kena initial 2011 dah...Dah siap2 tu, amik la gambar sikit barang sekeping dua sebelum pulang..
dr kiri: A.R.A.H, Paklong (staff AUR), AUR, Fiza (isteri AUR) dan Pak Mail..
Semoga 2011 membuka lembaran baru dlm dunia CAKAr untuk AUR dan geng2 yg lain. 2010 rasanya dah berjaya sebab kiosk AUR dah mula dicari untuk mereka2 yg nak dapatkan Souvenir Johor dan Malaysia. Pak Long pun dah bleh handle kiosk dgn baik. Aku nak fokus kat fine art pulak tahun ni. Doa2kan kejayaan dan keselamatan AUR...

Support dr TEBING2 selama ni secara online atau offline sgt2 aku hargai!!!

Wassalam.

Tuesday, December 7, 2010

Hari Haul AUR yg ke 4:: (1 Muharram 1428-1 Muharram 1432)

Salam Ma'al Hijrah 1432...Alhamdulillah kita masih bernafas di alam yg bernama DONIA...yang penuh dgn PANCAROBA!!! Dengan kedatangan Ma'al Hijrah tahun ni maka genaplah 4 TAHUN Hijrah usia AUR..Dah cukup Haul dah..!!!!Alhamdulillah lagi...

Setiap kali Muharram tiba, aku mesti teringat hari pertama aku berhijrah ke alam perniagaan. Semua ni berlaku pada Awal Muharram 1428 (20 Jan 2007). Ini lah saatnya AUR lahir ke DONIA PANCAROBA ni...hehehe....Hmmm dah 4 tahun hijrah dah AUR...Alhamdulillah...jejak jugak la angka 4..Sedar tak sedar je tu..Tungging terbalik tu adat lah berniaga.Sekarang ni pun kadang2 masih tertungging lagi...hehehe...

Masa tu untuk 2 hari pertama aku dan Akeem sibuk la cari perkakas dan alatan serta kelengkapan. Maklumla excited nak bukak kedai. 3 Muharram 1428 ( 22 Jan 2007), di sebuah tapak di tepi tangga dalam Plaza Seni JB.. kami pun start la meniaga..Dengan tergugup terketar dan terasa serba tak kena (maklumlah first time) maka hari pertama kami BERJAYA membuat julan sebanyak RM44.50....kekekeh....Alhamdulillah...OK lah tu...ada la jugak masyuk!!!
Usia AUR lebih kurang 2 minggu di Palza Seni JB
Saat2 akhir AUR di Plaza Seni JB

Tapi AUR hanya dapat bertahan kat dalam Plaza seni tu sampai 29 Oktober 2009 je..Itu lah hadiah hari ahir aku yg teristimewa dari aku untuk diriku sendiri!!!Dah tak mampu nak bayar sewa bila dilanda kegawatan ekonomi...Dengan itu terpaksa la AUR berpindah ke kawasan luar pulak (outdoor kiosk) di Legaran Segget. Sampai sekarang AUR masih bertahan di Segget. Semoga panjang usia dan dilimpahi rezeki yg halal!!!
Langkah AUR yang baru di Segget.
KINI!!!! Alhamdulillah...still alive!!!!
 Nak cerita bebanyak kang....tak pe lah...Layan lah foto2 di atas utk mengenali AUR dgn lebih mendalam!!!hehehehe

Salam Ma'al Hijrah, Selamat Hari Haul AUR yg ke 4.

Friday, December 3, 2010

Ole-Ole dari JOHOR

Sempena cuti sekolah ni mesti ramai yang jalan2 sambil bercuti atau ke jemputan kahwin. Ni nak inform sikit la..Kalau2 terlepas ke Johor Bahru ni boleh la singgah kiosk AUR kat Segget JB. Perniagaan utama AUR ni sebenarnya ialah CENDERAMATA PELANCONGAN yg beridentitikan Johor dan Malaysia.

Agak berselerak...hehehe






Antara souvenir yang boleh dijadikan ole2 dari Johor.
Nak kata kiosk AUR ni besar sgt tu tidak lah sgt tapi setakat souvenir Johor tu insyaallah boleh beli kat AUR. Harga pun berpatutan. Boleh runding lagi..hehehe...So sebagai TEBING, boleh la beli banyak2 bagi kat kawan2 atau saudara mara.Siapalah AUR tanpa TEBING...hehehe..

Biasanya ada seorang pakcik yang jaga kiosk ni, Pak Long nama timang2an dia...kekekeh...AUR kekadang keluar gi masuk studio atau pun buat kerja lain. Kalau Jumaat Sabtu Ahad insyaalah AUR ada di kiosk sebab nak menCAKAR!!!Boleh jugak kalau datang nak lepak2 ngan AUR..untung2 kalau AUR tgh baik hati bleh dpt CAKARan AUR...Nak bergambar sampai pengsan pun bleh kat sni..Banyak jugak spot2 yg menarik...Kalau tembak foto AUR lagi la bleh...maklum la semenjak dua menjak ni AUR agak 'photogedik'!!!!!!kakakakah....

Nak peta?...klik kat SINI...kalau tak dapat jugak bleh terus hubungi AUR kat talian hayat:
017-719 3599.

Nak tgk dulu barang2 apa yang AUR jual?? Klik kat SINI pulak!!!

***TEBING2 blogger yg dtg akan direview melalui post di blog AUR!!!...(pancing...kekekeh)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...