Thursday, August 18, 2011

AUR vs ARAH LIVE @ The Scandalist, JB

Salam buat TEBING2 ku sekalain. Amacam puasa? Ada yang berlubang tak?kekekeh..

16 Ogos 2011, Jalan Dhoby JB:: AUR dan ARAH kembali berduet untuk konsert kakilima di The Scandalist (kedai pakaian) yg sedang meletop2 namanya di JB ni. Alhamdulillah...dapat la jugak tambah sikit2 duit raya.
Sudah lama sebenarnye tuan kedai ni berhajatkan mural ni. Baru semalamlah tertunai hajat beliau. Bila AUR ada ARAH plak takde..bile ARAH ada AUR plak itulah..inilah...Nak cerita bebanyak tak tau ape nak cerita. Layan-layanlah foto yang dihidangkan ye?
AUR dan 'kakitangan'nya...
ARAH dan makhluk 'otobobot'nya...
 
Burung kukukur ARAH cuba dilastik oleh tangan AUR tetapi makhluk otobot datang menghalang!
Dari pukul 10 malam sampai la pukul 4 pagi..baru setel.Baju belang2 tu tauke The Scandalist.
 Petisuara & Hentak Berlipat pun ada juga..
Sekian sahaja kisah untuk kali ini. Selamat mengerjakan ibadah puasa.

Tuesday, August 2, 2011

AUR, Ramadhan dan Kiosk baru

Salam Ramadhan buat semua TEBING2 yg beragama Islam. Memandangkan Ramadhan pertama perniagaan akan bercuti (sebab sendiri kuli, sendiri boss...sukati bila nak cuti) ni la ada masa sikit nak menulis untuk TEBING2 sekalian.

Untuk makluman TEBING2 sekalian..AUR dan 'ter'bukak satu lagi kiosk baru. Dekat Segget, Johor Bahru jugak. Baru bulan Julai 2011 yang lalu dirasmikan oleh YB Taib AUR sendiri hahaha.(YB=Yang Boroi). Ini pun dengan bantuan rakan kongsi baru AUR., Zam Beruang. Alhamdulillah, kehadiran beliau kira mcm rezeki jugak sebab masa dia masuk tu bisnes dah tahap merangkak nak tertiarap dah.

Head quartes AUR souvenir di Legaran Segget JB. Manusia di dalam gambar ialah Pak Long, staff AUR souvenir.
Dengan mengambil masa tak sampai seminit berjalan kaki dari head quarters, akan terjumpalah AUR art & souvenir kiosk. Betul2 kat simpang Jalan Ungku Puan dan Jalan Wong Ah Fook, Johor Bahru.
 Jadi kepada TEBING2 yang tersesat atau terbabas ke sini atau yang sengaja nak membabas ke sini, singgah je la. Nak no tepon boleh amik kat profile.

Akhir kata Selamat Berpuasa kepada semua TEBING2 yang beragama Islam, dan Selamat Datang ke kiosk AUR art & souvenir.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...