Friday, August 27, 2010

A.B.C. Angan2 Bayang2 Cita2

Assalamualaikum...

Hari ni aku nak cerita sikit pasal ABC aku...Angan2...Bayang2 dan Cita2 sebagai seorang pelukis. Mengikut statistik demografi bagi persekitaran seni (art scene) khususnya di Johor Bahru (area ni je yang aku tau...area lain aku tak berapa tau)...ianya agak perlahan jika dibandingkan dengan negeri2 lain di dalam Malaysia seperti KL,Pahang,Sabah, Penang,Melaka dan Kelantan..Ni setakat yang aku tau sebab aku ni pun bukan anak jati Johor. Aku orang Perak yang merantau cari rezeki di bumi Ujong Tanah ni...(Ujong Tanah ialah nama JOHOR pada zaman dahulukala. Tak caya tanya encik Google)

ANGAN-ANGAN
Angan2 aku ialah nak tengok art scene kat JB ni meriah..Pelukis mudah dijumpai di mana2 ceruk sekitar JB..Bila orang nak beli lukisan, orang datang JB. Melukis sampai boleh dijadikan kerjaya yang 'femes amos'. Cukup serba-serbi utk mengharungi liku2 kehidupan. Sama mcm orang lain. 

Dan aku tanak dengar lagi orang tanya "....boleh cari makan ke melukis ni?"..Ini antara soalan2 yang selalu membuat aku 'mendidih'..Ko ke yang bagi rezeki kat aku?..Bak kata guru aku.. "Allah tahu apa yang kita buat ... dan Dia maha mengetahui apa Dia perlu buat kepada kita..."
JB art colony. 31 Ogos 2007. Dah pernah cuba tapi separuh jalan. Xpe...jgn jemu berusaha...Aku akan cuba lagi...

BAYANG-BAYANG
Alhamdulillah...Bayang2 dah mula nampak...4hb Sept 2010 ni...ada satu event oleh youth group dari Johor..Grup ni namanya JOHO..Event tu bertajuk 'PASO BUMBONG' (pasar bumbung)Aku akan bukak satu booth dan himpunkan seramai mungkin pelukis2 muda yg selama ini bakat mereka terendam kerana xde geng...Mari2 keluar dari sarang2 anda..kita kongsi sama...

Berdasarkan respon yang aku dapat dari Pesbuk...Aku dah mula nampak tentera2 'pencakar' aku...hahaha...Aku pun dah mula rasa bertanggungjawab untuk memimpin mereka.. Dua tiga orang otai pun aku dah jemput ke event tu..Otai2 ni pun aku pilih yang jenis humble..yg boleh turunkan taraf mereka menjadi sebaya kita...Aku memang respek otai2 ni...Aku pasti geng2 'pencakar' nanti bleh ngam ngan diorang...
Di event inilah aku berharap dapat bertemu dgn 'org2 baru' dan 'org2 lama'..

CITA-CITA
Cita2 aku nak tengok art scene kat JB ni ALIVE!! Yang tua memberi tunjuk ajar pada yg muda..Yang muda bawak idea2 baru dan segar!!!Dalam masa yg sama yang muda dan yang tua sama2 memerah otak utk majukan art scene ni..Kalau ada 10orang berpikir..mustahil kalau tak keluar satu dua idea yang BRAVO!

Bab yang ni...Kena usaha banyak2, Doa banyak2 dan Tawakkal..Kalau Dia izinkan, insyaallah cita2 ku akan tercapai!!!

Tuesday, August 24, 2010

BLACK & WHITE PORTRAIT SKETCH (FROM PHOTO)

Hi All..Good Day!!!... Today i'll show you more samples of my latest sketchs. Feel free to drop your comment or questions.


Single portrait on A3 size paper.

Portrait of the same person in 4 actions. The staff make this portrait sketch as a gift for their boss birthday.



This portrait sketch also a birthday gift. Extra charge for the bacground as per costumer request (+RM 50).

Necessary as a gift. Birthday gift, farewell gift, anniversary gift etc.You can hand your photo directly to me or just email the photo. Before the sketch sent to you, i'll send an image so u can review and put comment if u not satisfy.

If you like to see me, call me at 017 719 3599 (Taib Aur). I live somewhere at Taman Perling, Johor Bahru.
1 person: RM 100
2 persons: RM 190
3 persons: RM 270
4 persons: RM 340
5 persons: RM 400
6 persons and above: RM 75 per person
The prices includes shipping. (Malaysia only)

::If anyone like to be an agent, do write an email to
ArtUntukRakyat@gmail.com
or call

taib:: 017-719 3599
I'll then reply to you with the term and condition







Hi all...In this post i would like to show u some of portrait sketches i've done. If u like your face or somebody face to be sketch, feel free to contact me via email ArtUntukRakyat@gmail.com or call/sms me at +6 017 719 3599. Roughly I can finish it around 1 week (I just standby for any emergency or queing order).

Necessary as a gift. Birthday gift, farewell gift, anniversary gift etc.

You can hand your photo directly to me or just email the photo. Before the sketch sent to you, i'll send an image so u can review and put comment if u not satisfy.

If you like to see me, call me at 017 719 3599 (Taib Aur). I live somewhere at Taman Perling, Johor Bahru.
1 person: RM 100
2 persons: RM 190
3 persons: RM 270
4 persons: RM 340
5 persons: RM 400
6 persons and above: RM 75 per person


The prices includes shipping. (Malaysia only)

::If anyone like to be an agent, do write an email to
I'll then reply to you with the term and condition.




Monday, August 23, 2010

KERONCONG ART

Post kali ini aku nak review seorang member aku. Penggiat seni kat JB nih. Kitorang pernah seperguruan dan seangkatan. Beliau ialah Sang Akeem pemilik kedai cenderamata kreatif KERONCONG ART di Plaza Seni. Aku rasa Anazeyy, Andy, Carl Samsudin dan beberapa org blogger kat sini kenal akan beliau sebab beliau ni adalah vokalis band reggea tersohor kat JB ni..REDEMPTION..
Gambar kenangan semasa di AUR creative station 2007. Dari kiri: AUR (Taib Razak), Akeem dan Pak Ismail Attan (otai dan mentor seni kitorang)


Karikatur...Boleh tempah ngan Akeem.
Karikatur kat JAM DINDING
 Boleh tahan GILA jugak kekadang seninya...Daripada cenderamata custom (mcm keychain, button, etc yg bleh buat tulis2 tu), karikatur, potrait sketch sampai la yg terajaib, lukisan 3d beliau...

Yang ni memang aku tak bleh belah...POWER siot!! Sape kata org Malaysia takleh buat???hehehe...Lu memang 'masuk air' la Akeem..

So, layan la jenguk2 blog beliau. * Nanti aku cakap kat beliau suruh boh chatbox, senang korang tinggal jejak..Boleh contact KERONCONG ART  kat 017-700 6146.

Tuesday, August 17, 2010

SELF PROMOTION!!! LIVE @ BAZAR JB

Entry kali ini aku nak promosikan diriku, 'pencakar' di Bazar JB. Insyaallah kalau takde aral melintang, setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad, jam 8.00 p.m. - 12.00 midnight, aku akan mencakar di Bazar JB.

Model ni kena pose begini sebab dia nak usha2 khemah dia kat seberang tu..Rakan niaga Bazar JB ni..

Korang boleh cari aku kat khemah yg ada jual T-shirt Johor. Kat sini aku buat lukisan potret secara LIVE sahaja. Dari handphone atau foto....i'm very-very sorry..Tu dah kena charge lain. Dalam masa 15 minit, insyaallah wajah anda akan siap di'cakar'...
Pelanggan dari SABAH..Ok what? Buat ole2 dari JOHOR. Buka selalu beliau datang Johor.

Malu nak duduk depan? Jangan takut dan jangan risau kerana AUR telah menemui teknik utk menghilangkan bosan dan malau anda. Anda sebagai model hanya duduk kat sebelah aku. Boleh tengok progress wajah anda di'cakar' sambil berborak prong-preng bersama aku. Tak caya? Cuba la dulu.Masa aku dok 'cakar' part mulut, korang takleh la gerak2. kalau aku cakap apa2 pun, korang hanya bleh keluarkan bunyi...hmmm..saja..hahaha..Gile kejam aku ni..

Satu lagi pesanan kepada bakat2 muda/baru yg masih goyang nak buat LIVE, anda dijemput juga hadir. Aku akan guide korang. Maknanya, kalau aku ada model, sambil aku mencakar, korang cakar la sekali. Masa ni la nak buang 'gigil', 'resah tiba2', 'takut' dan segala penyakit yg tak diperlukan. Tapi jangan tanya banyak2 ngan aku, nanti aku meluat!! hahaha...Tapi aku sgt suka org yg practice banyak2..

Itu lah impian aku...Nak tengok ramai 'pencakar'2 kat JB ni..kalau yg dah terer nak join pun bleh..Aku bleh ejaskan tempat utk korang.

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan

Buat TEBING2 yg selalu mengunjungi AUR...Ku ciptakan sebuah E-Kad Raya khusus untuk korang!!Semoga SELAMAT semunya..Jangan ada yg BOCOR/BOBOS!!!

Selamat Bersahur
Selamat Berpuasa
Selamat Meronda Bazar Ramadhan
Selamat Berbuka Puasa

Selamat BerTarawikh
dan....

selamat mengulangi perkara2 di atas selama
SEBULAN!


painting by: Taib Razak
location: Street between Jln Wong Ah Fook and Jln Meldrum
medium:Watercolor
collector: Mr.Lim, Johor Bahru
size: 20" x 28"
year: 2008

Monday, August 9, 2010

AUR Buat Perangai Lagi!!

Salam buat semua TEBING2 ku..Sejak hari Jumaat 6 Ogos 2010 hingga ke Ahad 8 Ogos, AUR buat perangai lagi!!!

Kali ini Bazar JB menjadi lapang sasar untuk aku 'mencakar'....Alhamdulillah... Sambutan agak menggalakkan. Ada jugak tersangkut Perancis tiga beradik. Sayangnya pada hari yg dapat 'mencakar' omputih ni kamera tertinggal..Bukan ape...kalau tak bleh tunjuk kat korang cemana aku buat perangai sampai mengganggu lalulintas...hehehe..Punya la ramai audien..!!!
Sesiapa TEBINGku dan rakan2 blogger yg lain, kalau ternampak AUR kat Bazar JB atau kat mana2, tegur2 la ye? Jangan le segan2...

Ni geng2 niaga yg bikin kecoh...sambil2 tu jadi promoter suruh orang lukis potret.Timakasih banyak2!!!

Mungkin sepanjang Ramadhan ni aku akan buat 'mencakar' di Bazar JB ni. Setiap hari Sabtu dan Ahad. Jam 8.00 sampai 12.00 malam...

Wednesday, August 4, 2010

Usahasama pertama AUR dan TEBING!!!!

Salam buat semua..

Hari ni ada special post..Hasil kerjasama AUR dan TEBING en. Amri (blogger PUISI PAKWI), maka terhasillah sebuah seloka berpandukan lukisanku (WATERCOLOR::Kapchai the Series)...Meh la jenguk2 kat blog beliau..


Ni gambar painting tu semasa dalam proses...Nak tengok yg dah siap...silalah ke blog Puisi Pakwi

Selamat berhibur..

Monday, August 2, 2010

Mencakar lagi...SMK DAMAI JAYA,

Salam buat kawan-kawan sekalian. Maaf la 2-3 hari ni sibuk sikit. Antara sebabnya ialah aku kena keluar 'mencakar' lagi..Kali ni kat SMK DAMAI JAYA, kat belah2 Skudai ni...
Antara pelajar-pelajar yg kena 'cakar' ngan aku...


Mat hensem kat sekolah tu...Kira macam Andy Lau la...Lepas dia buat je, ramai la follower2 dia pun buat...aku jugak yg untung...hehehe..

Ribuan terimakasih kepada sahabat pelukis Cikgu HARIRI YUSOF atas jemputan. Pada hari tersebut aku pergi dengan AMIR VICO, seorang karikatur berkaliber di Johor ni..

Seorang lagi mangsa yg di'cakar' oleh AUR...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...